Perak Lancar Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020 – 2030. : 23 Mac 2021.
YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan perasmian Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030
IPOH, 23 Mac 2021- Kerajaan negeri Perak ingin memperluaskan konsep Pelan Tindakan Bandar Ipoh 2020-2030 ke bandar-bandar di seluruh negeri.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Bin Mohamad berkata selepas di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), ia akan diperluaskan ke kawasan majlis perbandaran seperti Manjung, Taiping dan Kuala Kangsar.
“Bandar pintar ini dimulakan di Bandaraya Ipoh pada permulaannya kerana ia merupakan ibu negeri di samping telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang telah dibangunkan terlebih dahulu.
“Kita bukan sahaja mahu ada bandar pintar tetapi kita juga ingin menjadikan negeri ini sebagai negeri pintar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030 di Kinta Riverfront, di sini.
Hadir sama, YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi dan YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Bin Baharin.
Terdahulu di dalam ucapannya, YAB Dato’ Saarani Bin Mohamad berharap agar pelan tindakan itu akan menjadi dokumen yang memandu arah MBI supaya ibu negeri Perak itu juga akan menjadi sebuah bandaraya pintar, berdaya huni, berdaya tahan dan lestari menjelang tahun 2030.
“Bagi tujuan tersebut, beberapa objektif telah distruktur untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandaraya yang mesra dengan penggunaan teknologi maklumat di mana dapat menyelesaikan masalah perbandaran melalui penggunaan smart solution dan menjadikan warga Ipoh sebagai warga yang ceria, sihat, pintar serta mempunyai kemahiran berteknologi.
“Secara amnya, dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh telah mensasarkan kepada tujuh domain iaitu Smart Living, Smart Environment, Smart Governance, Smart People, Smart Digital Infrastrucure, Smart Economy dan Smart Mobility sebagai solusi kepada 24 cabaran perbandaran dan potensi yang telah dikenal pasti di Bandaraya Ipoh,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pelan tindakan tersebut telah mengenal pasti 37 projek yang menggariskan empat fasa pelaksanaan dalam tempoh 10 tahun iaitu merangkumi projek quick win, projek jangka pendek, sederhana dan panjang.
Selain itu, YAB Dato’ Saarani Bin Mohamad juga mahu menjadikan pelan tersebut sebagai pemangkin kepada perancangan lebih besar MBI pada masa hadapan, termasuklah rancangan melaksanakan sistem pengurusan bandar secara automatik terutamanya dalam pengurusan sistem trafik, sistem mengenal pasti kekosongan parkir, info cuaca dan mengenai bencana atau banjir kilat di sesuatu lokasi, sistem kutipan sampah, pengurusan saman dan aduan.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â