The Official Portal of The Perak Government

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak : 24 Februari 2018

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

YB Dato' Seri Abdul Puhat beramah mesra dengan ahli pengakap yang hadir.

PARIT BUNTAR, 24 FEBRUARI 2018 - Pembangunan infrastruktur bagi keseluruhan venue Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak bakal disiapkan pada bulan Mac tahun ini.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berkata, kerajaan negeri sudah memperuntukkan sebanyak RM160 juta bagi melengkapkan keseluruhan kemudahan infrastruktur bagi SUKMA Perak.

Menurutnya, persiapan yang sedang giat dilaksanakan ialah kerja membaik pulih Stadium Perak, pembinaan venue kolam renang, lapangan sasar, projek menaik taraf Padang Bandaran dan beberapa kemudahan lain.

"Stadium Perak akan mengalami pertambahan dua set lampu LED, trek baharu dan kerusi tempat duduk yang kesemuanya dijangka siap Mac ini.

"Stadium itu juga akan boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak bermula 3 April ini manakala lapang sasar juga akan siap Mac.

"Kerajaan negeri menyasarkan kesemua infrastruktur terbabit disiapkan lebih awal bagi memberi ruang atlet Perak menyesuaikan diri lebih awal dengan membuat latihan di venue-venue kejohanan,"katanya dalam sidang media selepas merasmikan penutup Kursus Ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak dan Ketua Patrol Pengakap Peringkat Daerah Kerian di Pusat kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Seramai 214 murid dan pelajar sekolah daerah Kerian menyertai kursus sejak Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

YB Dato’ Seri Abdul Puhat berkata, sejumlah RM10 juta turut diperuntukkan bagi memastikan persiapan 200 atlet Perak yang kini menyertai dua latihan pusat di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) bagi menghadapi Sukma 2018, berjalan lancar.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut menyasarkan pasukan Perak bakal menjadi juara dalam edisi Sukma ke-19 dengan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas.

Sebelum ini, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir memaklumkan seramai 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai SUKMA Perak 2018 yang dijangka berlangsung pada 12 hingga 22 September depan.

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan hadiah kepada ahli pengakap.

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

YB Dato' Seri Abdul Puhat  hadir merasmikan program berkenaan.

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

Peserta dikalangan ahli pengakap sekolah hadir pada program tersebut.

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

Para peserta bergambar kenangan semasa majlis tersebut berlangsung.

RM160 Juta Diperuntuk Bagi Kemudahan SUKMA Perak

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan ketika berucap dalam program itu.

Sumber : Korporat, SUK Perak.