The Official Portal of The Perak Government

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017 : 6 Mac 2018

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Menteri Besar menyampaikan sijil APC kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Khidmat Pengurusan, Cik Nur Ashqrun Binti Samsuri.

IPOH, 6 MAC 2018 - Seramai 118 individu terdiri di kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd. Kadir berkata, penganugerahan APC itu merupakan pendekatan yang diamalkan kerajaan negeri khusus untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap penjawat awam negeri dalam menjalankan tugas diamanahkan.

Beliau berkata, anugerah APC itu juga bukan hanya meliputi pengiktirafan di atas mutu kerja semata-mata malah ia merangkumi aspek kerjasama, komitmen dan integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelbagai pihak.

“Semua elemen ini penting agar kesinambungan pengurusan terbaik yang sama-sama dicapai sebelum ini, bukan sahaja dapat dikekalkan malah dimantapkan dari semasa ke semasa.

“Saya yakin dengan semangat kerjasama dan penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran akan mengakrabkan lagi hubungan antara kerajaan dan rakyat,” ujar beliau  ketika berucap pada APC 2017 yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal, YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil Dato’ Haji Samsudin Bin Haji Abu Hassan.

Menurut beliau, dalam menghargai sumbangan yang diberikan anggota perkhidmatan awam, kerajaan negeri turut bersetuju meluluskan kenaikan pemberian insentif pesara bagi tahun 2018.

“Adalah penting untuk kita melaksanakan transformasi ke arah membudayakan urus tadbir berasaskan kecekapan, integriti dan keperibadian yang unggul,” ujar beliau.

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd. Kadir menyerahkan sijil APC kepada salah seorang kakitangan SUK Perak.

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Menteri Besar menyampaikan sijil APC kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Puan Nor Eni Binti Ismail.

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd. Kadir beramah mesra dengan segelintir kakitangan SUK Perak yang menerima APC.

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan sijil APC kepada salah seorang pengawal keselamatan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

118 Penjawat Awam Terima Anugerah APC 2017

YAB Menteri Besar Perak bergambar bersama penerima APC yang diraikan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.