The Official Portal of The Perak Government

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan : 16 Mac 2018

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

YBhg. Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa hadir dalam program yang berlangsung di UPSI.

TANJUNG MALIM, 16 MAC 2018 - YBhg Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa meluangkan masa bersama sekumpulan penjawat awam di Negeri Perak menerusi sesi ramah mesra bersama penjawat awam yang pertamanya.

Program itu bermula di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini yang diisi dengan sesi penerangan mengenai pencapaian negara dalam bidang ekonomi, cabaran semasa yang dihadapi penjawat serta penyebaran berita palsu.

Ketika ditemui kemudian, YBhg Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa berkata, beliau memilih memulakan pertemuan di UPSI kerana golongan pendidik adalah kumpulan penjawat awam terbesar selain mempunyai peranan yang penting dalam sejarah negara.

"Saya nak mulakan (sesi ramah mesra) dengan perkhidmatan perguruan dahulu kerana inilah (UPSI) tempat yang paling sesuai," katanya yang ditemui selepas Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) negeri Perak di Hospital Slim River.

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita, YBhg Puan Seri Datuk Seri Rohani Bt Abdullah dan Pengerusi PUSPANITA Perak, YBhg Datin Seri Nor Hasmah Bt Mohamad.

Terdahulu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama PUSPANITA dan badan bukan kerajaan (NGO) melawat dan menghulurkan bantuan kepada lima keluarga kurang berkemampuan di Tanjung Malim dan Slim River, selain beramah mesra serta menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Slim River.

Terdahulu, beliau berkata, Program Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara akan menjadi platform baginya menjelaskan pencapaian negara di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri DiRaja Mohd Najib Tun Haji Razak, selain menekankan mengenai penyebaran berita palsu.

Tambah beliau, program itu bermula di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, bagi menghargai jasa kira-kira 450,000 guru yang menjadi kumpulan terbesar daripada 1.6 juta penjawat awam, sebelum diteruskan di seluruh negara.

"Saya menunjukkan data sahih mengenai kedudukan ekonomi negara, mereka yang hadir faham, sekali gus tidak akan mudah terikut dengan berita palsu.

"Kita mahu elakkan penjawat awam dan rakyat daripada terpengaruh dengan berita palsu, jadi perlu tunjukkan kejayaan dan pencapaian sebenar negara, yang turut diakui badan antarabangsa," ujar beliau.

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

YBhg. Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di UPSI 3.

 

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

YBhg. Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa bersama tetamu kehormat dan pihak yang terbabit dalam menjayakan program berkenaan.

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

YBhg. Datin Seri Nor Hasmah Bt Mohamad ketika melakukan lawatan dalam program bersama YBhg. Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa.

KSN Luang Masa Bersama Penjawat Awam, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

YBhg. Tan Sri Dr Ali Bin Hamsa ketika menyampaikan sumbangan dalam satu program kemasyarakatan yang dijalankan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.