The Official Portal of The Perak Government

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak : 25 Mac 2018

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

Ahmad Khairil Anwar Bin Ahmad Zamri atau lebih dikenali sebagai Beto merupakan antara perwakilan yang turut memberikan pandangan berkaitan bidang sukan.

IPOH, 25 MAC 2018 - Tindakan tegas dalam mengekang ideologi Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) merupakan antara tujuh usul yang diluluskan pada persidangan Dewan Belia yang bersidang selama tiga hari bermula 23 Mac lalu.

YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, YB Dato’ Shahrul Zaman Bin Yahya berkata, ia seharusnya diberikan perhatian serius kerana ada di kalangan golongan berkenaan telah mula lantang dalam mempertahankan hak mereka.

“Pada pandangan saya, isu LGBT ini menjadi hangat setelah golongan minoriti semakin lantang bersuara dan mula mengimpikan untuk mendapat pengiktirafan terhadap hak-hak yang dituntut oleh mereka seperti mana yang berlaku di negara lain.

“Saya setuju dengan saranan daripada salah seorang perwakilan yang mengatakan kunci utama kepada langkah-langkah pencegahan ideologi LGBT ini adalah melalui pengukuhan institusi kekeluargaan (Tarbiyatul Aulad),” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sesi penggulungan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Belia Yang Kedua, Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Ahad.

Hadir sama speaker YB Dewan Belia Perak, Puan Salbiah Binti Mohamed, YB Timbalan Speaker Dewan Belia Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Haji Mohamad Ziad Bin Mohamed Zainal Abidin, serta YB ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Bin Razman

YB Dato’ Shahrul Zaman turut menggulung empat usul lain iaitu Mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan Amanjaya Bagi Memperkasa Ekonomi Belia Negeri Perak, Memperkasakan Golongan Orang Kurang Upaya Bagi Meningkatkan Kemandirian Menjelang 2050, Mendepani Revolusi Perindustrian Ke-4: dan Ekosistem Tanpa Tunai Di Sekolah Negeri Perak.

Manakala YB Maslin Sham menggulung tiga usul yang dibahaskan bertajuk Perak Peneraju Pengurusan Efektif Guna Tenaga Elektrik Ke Arah Tahun 2025, Penggunaan Secara Menyeluruh Bangunan-bangunan Milik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Dalam Melestarikan Kemudahan Yang Sedia Ada Untuk Kemajuan Belia Negara dan Jenayah Seksual Dan Perlindungan Kanak-kanak: Memperkasakan dan Mendaya Upayakan Gerakan Masyarakat Di Negeri Perak.

Beliau mengakui berasa teruja dan bangga dengan para perwakilan belia yang menyumbang banyak idea selain tidak pernah difikirkan oleh generasi sebelum ini.

“Platform ini juga mempamerkan tahap pemikiran generasi muda Perak yang menyumbang kepada proses bawah ke atas untuk masa hadapan".

“Ini menunjukkan kita benar-benar seiring, berlandasan hasrat negara melalui perjalanan Transformasi Nasional 2050".

Mengulas mengenai tajuk Jenayah Seksual Dan Perlindungan Kanak-kanak: Memperkasakan dan Mendaya Upayakan Gerakan Masyarakat Di Negeri Perak yang diusulkan oleh Jawatankuasa Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme, YB Maslin Sham berkata pada masa kini bukan wanita sahaja yang terdedah kepada gangguan seksual malahan ia juga berlaku kepada lelaki dan kanak-kanak.

Beliau berpendapat usul tersebut merupakan cadangan yang sangat baik kerana kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan pemangsa domestik, bukan melibatkan orang luar yang tidak dikenali.

“Ia perlu diperkasa agar kanak-kanak khususnya diberi perlindungan yang sewajarnya,” tambah beliau.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YAB Menteri Besar bersama semua perwakilan yang terlibat dalam Persidangan Dewan Belia Perak.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir beramah mesra dengan perwakilan Sidang Dun Belia Perak.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

Salah seorang perwakilan daripada kaum Orang Asli sedang membahaskan usul yang dibentangkan.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YB Spekaer Dewan Belia, Salbiah Binti Mohamed mengangkat sumpah selaku speaker dalam persidangan tersebut.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YB Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya ketika berucap pada sesi penggulungan persidangan Dewan Belia Perak.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YB ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Bin Razman antara yang hadir dalam sesi penggulungan persidangan Dewan Belia Perak.

Usul LGBT Antara Yang Diluluskan Dalam Persidangan Dewan Belia Perak

YAB Menteri Besar sempat meluangkan masa beramah mesra dengan para pemerhati dari Aceh, Indonesia.

Sumber : Korporat, SUK Perak.