The Official Portal of The Perak Government

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran : 19 April 2018

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Encik Shahrul Azam Bin Shaari ketika berucap dalam majlis tersebut.

IPOH, 19 APRIL 2018 - Seramai 357 pengusaha terdiri di kalangan penduduk Kampung Ulu Chemor dan Kampung Ulu Samak menerima hak milik dan surat tawaran Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RPB).

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, pemberian geran dan surat tawaran tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri dalam terus membantu mendapatkan hak-hak tanah untuk rakyat.

Jelas beliau, tidak sepertimana digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab, inisiatif terbabit dilakukan dengan sistematik serta mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

“Ia sudah diproses sekian lama. Sebagaimana yang dibangkitkan segelintir pihak, ini lah yang kita buat. Keluarkan tanah, wartakan, dan kita beri kepada rakyat yang mana kebanyakan mereka ini telah berada di satu-satu kawasan itu hampir 20 ke 30 tahun,”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serahan Geran dan Surat Tawaran kepada peserta yang hadir di Dewan Komuniti Chemor.

Turut hadir, Penyandang ADUN Hulu Kinta, Dato’ Aminuddin Bin Md Hanafiah; Penyandang ADUN Manjoi, Tuan Haji Mohamad Ziad Bin Mohamed Zainal Abidin, Mantan Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, YBhg Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Zamri Bin Man serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kinta, Encik Shahrul Azam Bin Shaari.

Selain itu, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir turut menasihati agar tanah-tanah yang dimiliki ini harus dijaga dan diusahakan sebaik mungkin agar ianya dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Kita harap semua pengusaha akan menjaga tanah-tanah ini kerana ia bukan sahaja menjadi aset malah mampu menjana pendapatan melalui penanaman pelbagai tanaman yang telah diusahakan,” katanya.

 

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersama semua pengusaha yang menerima hak milik dan surat tawaran RPB dalam majlis tersebut.

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan salah seorang pengusaha Rancangan Pertanian Berkelompok yang hadir dalam majlis tersebut.

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

YAB Menteri Besar menyerahkan sendiri hak milik kepada salah seorang daripada 357 pengusaha RPB yang hadir.

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

Segelintir daripada pengusaha RPB yang menerima hak milik dan surat tawaran RPB.

357 Pengusaha RPB Terima Hak Milik Dan Surat Tawaran

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyerahkan hak milik kepada salah seorang pengusaha RPB.

Sumber : Korporat, SUK Perak.