The Official Portal of The Perak Government

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan : 12 Oktober 2018

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berucap dalam majlis tersebut.

IPOH, 12 OKTOBER 2018 - Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) digesa supaya meningkatkan produktiviti kerja dalam perkhidmatan awam selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad sebelum ini.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian selain pada masa sama mampu membantu meningkat imej dan kredibiliti kerajaan negeri di mata semua pihak termasuk rakyat.

“Saya ingin memetik apa yang telah disebut YAB Perdana Menteri bahawa dengan kerajaan Malaysia Baharu ini kita juga perlu memantapkan perkhidmatan awam.  Sebagai YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik, saya bersama rakan memikul tanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan kita.

“Mungkin diperingkatkan pusat juga, kita akan dengar beberapa dasar dan juga strategi yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan YBhg Ketua Setiausaha Negara. Jadi, kita akan pantau dan adaptasi dan berdasarkan apa yang akan direncanakan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan dan Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Semua Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Serbaguna.

Turut hadir YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Rohana Binti Abd Malek, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said, YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan dan YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.

Beliau berkata, para kakitangan SUK juga perlu menggunakan kaedah pemikiran kritikal (critical thinking) dan pemikiran intergratif (intergrative thinking) bagi memastikan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dapat diselesaikan dengan penuh efisien.

“Pemikiran kritikal ini merupakan kaedah yang perlu dan amat penting untuk digunakan khususnya dalam melaksanakan tugas dengan lebih efektif dan efisien.

Manakala pemikiran intergratif pula bermaksud apa pun cabaran yang kita hadapi dalam sesuatu tugasan, ia akan dapat diatasi dengan pemikiran yang intergratif,” ujar beliau.

Selain itu, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman berkata, beliau berharap semua kakitangan SUK Perak dapat membantu dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen.

“Perkara ini juga perlu diberikan penekanan kerana antara satu tanggungjawab besar yang saya perlu pikul adalah mengembalikan kegemilangan perkhidmatan awam.

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

 

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika menghadiri majlis berkenaan.

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

 

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersalaman dengan warga SUK Perak yang hadir ke majlis itu.

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

 

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak beramah mesra bersama penjawat awam yang hadir dalam majlis tersebut.

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

Imam Masjid Negeri membacakan doa sempena permulaan majlis tersebut.

Warga SUK Perak Perlu Tingkatkan Produktiviti Kerja Yang Dipertanggungjawabkan

Sebahagian daripada kakitangan SUK Perak menghadiri taklimat amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber : Korporat, SUK Perak.