The Official Portal of The Perak Government

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA : 16 Oktober 2018

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA

YB Howard Lee Chuan How merasmikan temasya SOPMA kali ke 20 yang berlangsung di Perak.

ULU KINTA, 16 OKTOBER 2018 - Seramai 2500 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen negeri terlibat dalam temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang berlangsung daripada 15 hingga 20 Oktober depan.

Perasmian SOPMA kali ke-20 itu telah disempurnakan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta.

Turut hadir YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said, YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Tuan Zulazlan Bin Abu Hassan dan YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman.

YB Howard Lee Chuan How dalam ucapannya berkata, temasya berkenaan menawarkan sebanyak 138 pingat membabitkan lima acara sukan iaitu futsal, bola sepak, badminton, olahraga dan renang.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan dana berjumlah RM200,000 untuk menjayakan temasya SOPMA tersebut.

“Kita ucapkan selamat datang kepada semua atlet dan para pegawai yang menyertai SOPMA pada kali ini.

“Selaku tuan rumah, kami amat berbesar hati selain mengucapkan selamat datang kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan,” ujar beliau.

Beliau berkata, pihaknya turut berharap setiap atlet menunjukkan komitmen tinggi dan bersaing atas dasar semangat kesukanan untuk mengharumkan nama negeri masing-masing.

“Temasya ini juga mungkin boleh menjadi pencetus untuk mana-mana atlet bersaing ke peringkat Asia dan antarabangsa,” kata beliau.

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA

YB Howard Lee Chuan How ketika berucap dalam perasmian temasya SOPMA kali ke-10.

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA

Bacaan ikrar semasa majlis perasmian SOPMA.

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA

YB Howard Lee Chuan How menyempurnakan upacara meletakkan obor sebagai gimik perasmian SOPMA.

2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA

Upacara menaikkan bendera rasmi SOPMA kali ke-20.
2500 Atlet Dan Pegawai Seluruh Malaysia Terlibat Dalam Temasya SOPMA YB Howard Lee Chuan How diiringi tetamu-tetamu kehormat meninggalkan majlis berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.