The Official Portal of The Perak Government

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta : 25 Oktober 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan gimik perasmian Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan.

IPOH, 25 OKTOBER 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Taman Reakreasi Gunung Lang DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing serta anggota Exco kerajaan negeri.

Kawasan Geopark Lembah Kinta berkeluasan 1,952 hektar merangkumi daerah Kinta dan Kampar kini diletakkan di bawah pengurusan dan pemantauan Perbadanan Taman Negeri Perak dan telah diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan pada tahun lepas.

Kawasan Geopark Lembah Kinta yang kaya dengan warisan geologi, biologi, warisan dan sejarah di bawah seliaan perbadanan juga akan diperkenalkan sebagai ikon untuk destinasi ekopelancongan, pelancongan marin dan 'geo tourism'.

Terdahulu, YB Dr. Xavier dalam ucapannya berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM10.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) untuk Projek Penilaian Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM276,000 disalurkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)  Perak sejak 2017 bagi pelaksanaan kajian dan penyelidikan yang lengkap dan terperinci dari aspek geologi. 

Selain itu, menurut beliau sebanyak RM1.592 juta peruntukan disalurkan oleh kerajaan negeri Perak kepada JMG Perak sejak 2014 sehingga tahun lepas.

"Ini menunjukkan komitmen jitu kerajaan negeri dalam memelihara khazanah warisan alam dan budaya setempat seterusnya boleh diusahakan secara lestari melalui aktiviti ekopelancongan.

"Kementerian sebagai Jawatankuasa Geopark Kebangsaan sentiasa bersedia memberi bantuan dan kerjasama serta sokongan padu kepada kerajaan-kerajaan negeri dalam agenda mewujudkan Geopark Kebangsaan," ujar beliau.

Justeru itu, YB Dr. Xavier Jeyakumar berkata pengiktirafan Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan akan merancakkan lagi rangkaian ekopelancongan sedia ada sekali gus menaikkan imej negeri dan negara.

Sementara itu, YB Tan Kar Hing dalam ucapannya berkata, pengiktirafan Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan dapat meningkatkan daya saing sektor pelancongan negeri seterusnya merealisasikan potensi besar aktiviti huluan dan hiliran pelancongan dalam mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan rakyat di negeri ini.

"Ini bertepatan dengan iltizam kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kami merakamkan penghargaan kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli atas segala bantuan dalam merealisasi menjadikan Lembah Kinta sebagai tapak Geopark Kebangsaan," ujar beliau.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menyempurnakan perasmian pemasyhuran Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah dalam majlis pemahsyuran Geopark Lembah Kinta.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tekun mendengar penerangan yang disampaikan Pengurus Besar Perbadanan Negeri, En Mohamed Shah Redza Bin Hussein mengenai Geopark Lembah Kinta.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika memegang alatan mendulang bijih timah tradisional yang dipamerkan pada majlis yang berlangsung.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan melakukan lawatan ke gerai-gerai yang dibuka sempena majlis pemahsyuran Geopark Lembah Kinta.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

Antara tetamu yang hadir dalam majlis pemahsyuran Geopark Lembah Kinta itu.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sempurnakan Pemasyhuran Geopark Lembah Kinta

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat dan pegawai kerajaan yang terlibat dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.