The Official Portal of The Perak Government

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan : 23 November 2018

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan

YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham ketika sidang media berkaitan persidangan DUN Perak kali ke-14 yang bermula 27 November hingga 5 Disember depan.

IPOH, 23 NOVEMBER 2018 - Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 akan diadakan pada 27 November hingga 5 Disember ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, persidangan DUN pada kali ini turut memberi fokus terhadap pembentangan Belanjawan 2019 di peringkat negeri.

"Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain agenda, enakmen yang hendak diluluskan dan usul-usul yang akan dibawa pada persidangan tersebut," ujar beliau pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain itu, beliau berkata, pada sidang DUN kali ini juga ketua pembangkang akan diberi tambahan masa satu jam untuk sesi penggulungan.

Menurut beliau, langkah ini bertujuan untuk memartabatkan lagi peranan pembangkang selaku pemantau kepada urus tadbir kerajaan negeri.

"Sebelum ini hanya satu jam tempoh masa diberikan kepada ketua pembangkang untuk sesi perbahasan semasa persidangan.

"Namun pada kali ini, tambahan masa satu jam lagi diberikan kepada ketua pembangkang untuk beliau membuat penggulungan, kritikan atau pandangan terhadap jawapan yang diberikan oleh Exco dan sebelum Menteri Besar membuat penggulungan," kata beliau.

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan

YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan pas media kepada wakil Sinar Harian.

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan

YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan pas media kepada wakil Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan

YB Dato' Ngeh Koo Ham ketika berucap pada sidang media berkaitan Persidangan DUN Perak kali ke-14 yang bakal berlangsung selama enam hari bermula 27 November ini.

Persidangan Dun Perak Bermula 27 November Hingga 5 Disember Depan

YB Spekaer DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham ketika berucap dalam sidang media yang berlangsung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.