The Official Portal of The Perak Government

Kakitangan SUK Perak Terlibat Dalam Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018 : 27 Disember 2018

Kakitangan SUK Perak Terlibat Dalam Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018

Kakitangan Bangunan Perak berkumpul semasa latihan pengungsian bangunan.

IPOH, 27 DISEMBER 2018 - Satu latihan kebakaran telah diadakan bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Program yang turut dikenali sebagai Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018 itu melibatkan semua kakitangan Pejabat Setiausaha Negeri selain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan bagi menghindari kebakaran.

Selain itu, ia turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh yang melakukan latihan menyelamat dan pertolongan cemas terhadap mangsa kebakaran. Latihan kebakaran itu telah bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berakhir 11.00 pagi.

Kakitangan SUK Perak Terlibat Dalam Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018

Polis Bantuan Bangunan Perak Darul Ridzuan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Kakitangan SUK Perak Terlibat Dalam Latihan Pengungsian Bangunan Perak Darul Ridzuan 2018

Anggota bomba turut berkerjasama dalam menjayakan pengungsian bangunan di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.