The Official Portal of The Perak Government

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar : 8 Februari 2019

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar

YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman ketika menyampaikan ucapan beliau dalam taklimat berkenaan.

IPOH, 8 FEBRUARI 2019- YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman meminta semua penjawat awam negeri supaya memberi tumpuan terhadap lima amanat utama yang diutarakan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu.

Lima amanat yang diutarakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu merangkumi Meningkatkan Hasil Kerajaan Negeri, Memperkasa Sistem Penyampaian, Memudahkan Akses Rakyat Kepada Kerajaan, Inisiatif Kerajaan Digital Dan Memulihkan Syarikat GLC Negeri.

Beliau berkata, perkara itu ditekankan kerana ke semua amanat itu mempunyai nilai tambah selain berupaya untuk membantu penjawat awam negeri untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

“Kelima-lima amanat yang telah diucapkan YAB Menteri Besar baru-baru ini perlu diberikan fokus kepada kita semua. Jika diteliti ia merangkumi pelbagai perkara terutama membabitkan hubungan secara terus dengan rakyat.

“Apa yang membuatkan saya ulang kembali lima amanat ini adalah kerana kami juga sebenarnya sedang dalam proses untuk mengedarkannya kepada semua jabatan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat oleh Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Berhubung Struktur Organisasi Kementerian/Jabatan dan Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abd Malek, Timbalan Setiausaha Kerajaan (pengurusan), Puan Nor sham Binti Rahman dan YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi Jabatan Perkhidmatan Awam, Tuan Azman Bin Mohd Yusof.

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersalaman dengan pegawai tinggi kerajaan yang turut hadir pada taklimat berkenaan.

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar

Antara penjawat awam yang hadir dalam taklimat berkenaan.

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar

Para penjawat awam yang hadir tekun mendengar taklimat yang disampaikan YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Tuan Azman Bin Mohd Yusof.

Penjawat Awam Perlu Beri Tumpuan Terhadap Lima Amanat YAB Menteri Besar

YBhg Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPA, Tuan Azman Bin Mohd Yusof ketika memberikan taklimat kepada para penjawat awam yang hadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.