The Official Portal of The Perak Government

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019 : 14 Februari 2019

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan insentif kepada bekas Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Encik Mior Muhammad Jamil Bin Mior Zakaria.

IPOH, 14 FEBRUARI 2019 - Seramai 336 pesara menerima insentif daripada kerajaan negeri dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019 yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru.

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, insentif yang diberikan itu meliputi Sijil Amanah Saham Bumiputera dan Sijil Simpanan Premium.

“Ke semua insentif itu diberikan kepada pesara kerajaan yang pernah berkhidmat dalam pelbagai jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Insentif berkenaan berjumlah RM4,000 setiap seorang dan diserahkan dalam bentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera serta Sijil Simpanan Premium bagi penerima bukan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019 yang berlangsung di Hotel Casuarina@Meru.

Hadir sama YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said.

Menurut beliau, pemberian insentif itu juga bertujuan menghargai jasa dan keringat para pesara yang telah menabur bakti dalam sektor perkhidmatan awam peringkat negeri.

“Kita harap dengan pemberian insentif itu, ia sedikit sebanyak menceriakan mereka selain bertujuan menghargai jasa mereka semasa berkhidmat dalam sektor awam.

Dalam perkembangan berkaitan, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, selain pesara, majlis yang dijalankan itu turut meraikan ketua-ketua jabatan yang telah bertukar ke luar negeri Perak.

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu beramah mesra dengan para pesara kerajaan yang hadir dalam majlis tersebut.

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan insentif kepada bekas kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak, Puan Sahida Binti Nordin.

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama ahli jawatankuasa Persatuan Pesara-Pesara Awam Negeri Perak.

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan insentif kepada bekas kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat SUK Perak, Encik Mohd Aminuddin Bin Abdul Rahim.

336 Pesara Terima Insentif Dalam Majlis Jasamu Dikenang Siri 1 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan insentif kepada bekas kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri, Encik Abdul Rahim Bin Abdul Rahman.

Sumber : Korporat, SUK Perak.