The Official Portal of The Perak Government

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 : 29 Mac 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Jawatankuasa Media, Encik Kamaruzaman Bin Haji Hassan dalam majlis tersebut.

IPOH, 29 MAC 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung dari 23 hingga 30 Mac ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, YB Dr. Abdul Aziz Bin Bari, YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Tuan Howard Lee Chuan How.

Dalam majlis berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga telah berkenan menerima cenderahati yang disampaikan oleh setiap pengurus pasukan bertanding.

Pada kejohanan kali ini, antara pasukan yang mengambil bahagian adalah Malaysia, India, Jepun, Kanada, Poland dan Korea Selatan.  

Kejohanan tahunan selama 10 hari itu akan melabuhkan tirainya pada Sabtu ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28

Para pemain hoki menikmati juadah yang disediakan dalam majlis tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cenderahati daripada Pengurus Malaysia, Stephen Van Huizen.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah beramah mesra dengan jurulatih Malaysia, Roelant Oltmans dalam majlis yang berlangsung.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat dan jawatankuasa penganjur pada Gala Dinner Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-28.

Sumber : Korporat, SUK Perak.