The Official Portal of The Perak Government

Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 : 30 Mac 2019

Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman menyampaikan trofi penjaring gol terbanyak kepada pemain India dan Korea Selatan.

IPOH, 30 MAC 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 di antara pasukan India dan Korea Selatan yang berlangsung di Stadium Hoki Azlan Shah.

Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah YTM Raja Dato’ Seri Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman.

Dalam perlawanan akhir yang disaksikan lebih 3,000 penyokong,  Korea Selatan telah dinobatkan selaku juara apabila mengalahkan India 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan sebenar.

Ini adalah kejuaraan ketiga Korea selepas muncul juara 1996 dan juara bersama India pada tahun 2010.

Trofi kejuaraan kepada pasukan juara, Korea Selatan telah disampaikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Terdahulu, Malaysia yang turut serta dalam kejohanan kali ini menduduki tempat ketiga selepas menumbangkan Kanada 4-2 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Manakala Jepun pula berjaya menumpaskan Poland 6-1 sekaligus dinobatkan sebagai pasukan kelima terbaik.

Dalam kejohanan edisi ke-28 ini yang berlangsung dari 23 Mac hingga 30 Mac lalu, sebanyak enam pasukan telah mengambil bahagian, antaranya, Korea Selatan, India, Malaysia, Kanada, Jepun dan Poland.

Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28

Malaysia meraih tempat ketiga dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas mengalahkan Kanada 4-2.
Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 Korea Selatan dinobatkan selaku juara dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28.
Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 Antara aksi Malaysia menentang Kanada dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat.
Korea Selatan Muncul Juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-28 YTM Raja Kecil Sulong, Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah menyampaikan trofi Fair Play kepada pasukan Jepun yang menyertai kejohanan pada kali ini.

Sumber : Korporat, SUK Perak.