The Official Portal of The Perak Government

Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan : 7 April 2019

Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan

DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama olahragawan Kids Athletic 2019, Ahmad Ilhami Bin Kamaruddin.

IPOH, 7 APRIL 2019 - Kerajaan negeri akan menjadikan kejohanan Kids Athletics sebagai acara tahunan memandangkan ia dilihat berupaya melahirkan atlet muda yang berbakat selain berpotensi untuk mewakili negeri dan negara.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Puan Wong May Ing berkata, ini kerana kejohanan yang telah dianjurkan sejak 2005 itu juga sentiasa mementingkan keseimbangan daripada aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

"Kids Athletics merupakan satu program yang dianjurkan oleh International Assosiation Of Athletics (IAAF) yang mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan pelbagai keseimbangan.

"Kejohanan ini merupakan salah satu cara untuk mendisplinkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lomotor serta manipulasi alatan," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Kids 2019 Peringkat Negeri di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdahulu, majlis penutup kejohanan itu telah dirasmikan oleh DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata, sebanyak 35 pertubuhan sukarela kebajikan seluruh Perak telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini dengan penyertaan seramai 400 kanak-kanak.

Kata beliau, antara acara sukan yang dipertandingkan adalah sprint hurdle, cross hop, knee throw, forwards squat jumps, javelin throw dan endurance race.

"Acara yang dipertandingkan ini juga melibatkan kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun secara berkumpulan. Selain itu, acara ini turut berasaskan pergerakan yang melibatkan larian, lompatan dan balingan," katanya.

Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan

DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama jawatankuasa penganjur yang terlibat dalam menjayakan kejohanan Kids Athlethic 2019.
Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan DYAM Raja Puan Muda Perak bergambar bersama peserta Kids Athletics 2019.
Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan DYAM Raja Puan Muda Perak menyampaikan hadiah kepada Olahragawati Kids Athletics 2019.
Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah beramah mesra dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai kejohanan Kids Athletic 2019.
Kerajaan Negeri Akan Jadikan Kids Athlethics Sebagai Acara Tahunan Salah seorang kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kategori sprint hurdle.

Sumber : Korporat, SUK Perak.