The Official Portal of The Perak Government

Kerajaan Negeri Perak Terima 12 Proton Perdana Model Baharu - 10 Mac 2014

Ipoh, 10 Mac 2014 - Kerajaan Negeri Perak menerima 12 buah kereta Proton Perdana model baharu bagi kegunaan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) termasuk pegawai-pegawai kanan yang setaraf.

Majlis penyerahan 12 buah Proton Perdana model baharu ini disampaikan oleh YBhg. Ketua Pegawai Operasi, Servis dan Hartanah DRB-Hicom Bhd, Datuk Mohamed Razeek bin Md Hussain kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir berkata, pembelian berkenaan adalah bagi menggantikan kenderaan Proton Perdana sedia ada yang mana sesetengahnya telah rosak serta memerlukan perbelanjaan tinggi untuk dibaik pulih.

Menurut YAB Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir lagi, ini adalah masa yang tepat bagi kerajaan negeri menukar kereta yang sedia ada dengan yang baharu memandangkan ada sesetengah kereta tempoh penggunaannya telah menjangkau 10 ke 12 tahun.

YAB Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir berkata, kereta Proton Perdana model baharu ini berkapasiti enjin 2.4 L dan setiap sebuah berharga kira-kira RM 115,000. Menurut beliau lagi, kerajaan negeri membelanjakan RM 1.38 juta bagi membeli 12 buah model berkenaan.

YAB Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir semasa sidang media berkata,walaupun ada beberapa negeri membeli kereta rasmi jenis lain dan bukanya Proton, Kerajaan Negeri Perak tetap mengambil pendekatan meneruskan tradisi menggunakan kenderaan tempatan bagi menyokong produk keluaran negara.

Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Razali bin Othman dan barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Doa selamat selamat sempena Majlis Penyerahan Model Proton Perdana kepda Kerajaan Negeri Perak.
Proton Perdana yang akan digunakan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir.
YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir mencuba kenderaan Proton Perdana baharu sambil diperhatikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
YAB Menteri Besar Perak bersama barisan EXCO kerajaan negeri dan wakil pihak proton bergambar bersama di majlis tersebut.
YBhg. Datuk Mohamed Razeek bin Md Hussain menyerahkan replika kunci kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir.

Sumber: Korporat, SUK Perak.