The Official Portal of The Perak Government

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin : 28 Mei 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin

Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada majlis bacaan yasin dan tahlil.

IPOH, 28 MEI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin dan tahlil sempena memperingati kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

DYMM Paduka Seri Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tiba pada jam 6.30 petang disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.

Yang turut hadir mengiringi, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said dan YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Bacaan Yasin dan tahlil pada petang berkenaan diketuai oleh Imam Besar Utama Masjid berkenaan, Tuan Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Selepas itu, baginda berbuka puasa sebelum berkenan menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah.

Lebih 1,000 umat Islam di sekitar bandar raya Ipoh termasuk ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan hadir ke majlis berkenaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa ketika tiba ke majlis bacaan yasin dan tahlil.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika majlis bacaan yasin dan tahlil sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Antara tetamu yang hadir pada majlis bacaan yasin dan tahlil tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis bacaan yasin dan tahlil berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.