The Official Portal of The Perak Government

1,200 Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa Akan Bertugas Sepanjang Hari Raya Aidilfitri : 31 Mei 2019

1,200 Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa Akan Bertugas Sepanjang Hari Raya Aidilfitri

YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Negeri, Tuan Abdul Yunus Bin Jamhari ketika berucap dalam majlis yang berlangsung.

PARIT BUNTAR, 31 MEI 2019 - Seramai 1,200 pegawai dan anggota penguatkuasa antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, akan bertugas sepanjang musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Negeri, Tuan Abdul Yunus Bin Jamhari berkata, operasi bersepadu juga akan dijalankan oleh anggota penguatkuasa yang terlibat bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.

“Pelancaran operasi bersepadu itu bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya mengenai keselamatan di jalan raya dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian sempena perayaan,” kata beliau dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Pasar Raya Mydin Parit Buntar.

Tambah beliau, sebanyak 18 jalan raya di Perak dikenal pasti sebagai laluan yang berisiko dan mempunyai kadar kemalangan tinggi menjelang musim perayaan Aidilfitri.

“Antara jalan terlibat adalah Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, Jalan Ipoh- Lumut berhampiran Simpang Bota, Jalan Kuala Sepetang-Taiping dan Jalan Sitiwan-Taiping.

“Turut dikenal pasti adalah Jalan Raya Timur Barat Gerik ke Jeli, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu dan Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu,” ujar beliau.

Selain itu, tegas beliau, statistik polis menunjukkan jumlah kemalangan raya di Perak berjumlah 37,034 pada tahun lalu berbanding 38,587 pada 2017.

"Jumlah kematian juga mencatatkan penurunan iaitu 689 kematian pada tahun lalu berbanding 711 pada tahun 2017," kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, PLUS Malaysia Berhad juga menggerakkan 156 petugas untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna jalan raya.

"PLUS menjangkakan sebanyak 1.9 juta pengguna jalan raya akan melalui negeri ini tahun ini berbanding 1.4 juta kenderaan pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus,” ujar beliau.

Tambah beliau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak juga menempatkan 42 jentera di empat plaza tol iaitu di Slim River, Tapah, Kuala Kangsar dan Taiping.

1,200 Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa Akan Bertugas Sepanjang Hari Raya Aidilfitri YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Negeri, Tuan Abdul Yunus Bin Jamhari ketika tiba dalam majlis bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri.
1,200 Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa Akan Bertugas Sepanjang Hari Raya Aidilfitri Antara penguatkuasa yang hadir pada majlis yang berlangsung.
1,200 Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa Akan Bertugas Sepanjang Hari Raya Aidilfitri YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Peladangan Negeri, Tuan Abdul Yunus Bin Jamhari melakukan flag off terhadap jentera penguatkuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu.

Sumber : Korporat, SUK Perak.