The Official Portal of The Perak Government

RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak : 20 Jun 2019

RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan peruntukan kepada wakil daerah Kinta Selatan pada majlis yang berlangsung.

IPOH, 20 JUN 2019 - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada 261 sekolah separa bantuan kerajaan di seluruh negeri bagi tahun ini.

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 85,825 pelajar bagi penganjuran pelbagai aktiviti atau program yang bersesuaian dan berfaedah. 

"Kerajaan negeri memberi kebebasan kepada pihak sekolah untuk menentukan bagaimana wang tersebut mahu dibelanjakan. 

"Sama ada untuk menganjurkan program-program tertentu atau membeli barangan keperluan, segalanya terpulang kepada sekolah berkenaan," ujar beliau. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Peruntukan Kepada Sekolah-Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan. 

Turut hadir, barisan EXCO Kerajaan Negeri, YB Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Ngeh Koo Ham dan YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said. 

Beliau berkata, pada tahun ini juga  kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM61.35 juta untuk sektor pendidikan dan ia merupakan peruntukan terbesar dalam belanjawan negeri. 

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.85 juta adalah untuk program-program baharu bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Perak," kata beliau. 

Mengulas lanjut, tegas beliau, kerajaan negeri sememangnya memberi keutamaan dalam bidang pendidikan merentasi faktor bangsa dan agama yang dianuti. 

Kita letakkan sepenuhnya komitmen terhadap pendidikan anak-anak Perak merentasi kaum, bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang baik, seterusnya mengubah nasib keluarga serta membantu membawa negeri dan  negara ke arah yang lebih gemilang," katanya.

RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan peruntukan kepada wakil daerah Kuala Kangsar dalam majlis yang berlangsung.
RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika menyampaikan peruntukan kepada wakil daerah Bagan Datoh dalam majlis tersebut.
RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap dalam majlis yang berlangsung.
RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan peruntukan kepada wakil daerah Muallim pada majlis yang berlangsung.
RM3 Juta Peruntukan Untuk 261 Sekolah Separa Bantuan Kerajaan Seluruh Perak YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para wakil penerima bantuan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.