The Official Portal of The Perak Government

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia : 5 Ogos 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bertitah pada Majlis Perasmian SMK Kampung Bahagia.

TELUK INTAN, 5 OGOS 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman, barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Dr Amin Bin Senin. 

SMK Kampung Bahagia yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Teluk Intan dan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dibina pada September 2017 dan mula beroperasi sejak 2 Jan tahun lepas.

Sekolah setinggi tiga tingkat itu mengandungi 24 bilik darjah dan beberapa kemudahan lain serta mampu menempatkan seramai 263 pelajar terdiri daripada tingkatan satu hingga tiga.

Pelajar sekolah itu terdiri daripada penduduk setempat sekitar kawasan Kampung Bahagia, Sungai Kerawai, Sungai Tunku dan Sungai Suli.

Sementara itu, Dato' Dr Amin Bin Senin ketika membacakan teks ucapan mewakili YB Menteri Pendidikan  Dr Maszlee Bin Malik berkata, Kementerian Pendidikan berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah, prasarana, penglibatan ibu bapa dan komuniti, guru serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

"Saya yakin bahawa pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira, bersemangat dan seronok.

"Saya sebagai Menteri Pendidikan ingin memberikan jaminan segala keputusan menyentuh dasar dan polisi yang dibuat berdasarkan pertimbangan profesional dengan mengambil kira pelbagai aspek demi kepentingan pendidikan rakyat seluruhnya," kata beliau.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke Majlis Perasmian SMK Kampung Bahagia.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat ruang pameran selepas baginda merasmikan SMK Kampung Bahagia.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani plak sebagai gimik perasmian SMK Kampung Bahagia.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan perasmian SMK Kampung Bahagia.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi SMK Kampung Bahagia DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat dan kakitangan SMK Kampung Bahagia.

Sumber : Korporat, SUK Perak.