The Official Portal of The Perak Government

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO : 20 Ogos 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bertitah pada Istiadat Konvokesyen PUO.

IPOH, 20 OGOS 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Umar (PUO) di Dewan Jubli, PUO.

Istiadat konvokesyen itu juga diadakan bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia dimana PUO merupakan politeknik pertama yang ditubuhkan di negara ini pada tahun 1969.

Hadir sama dalam istiadat berkenaan adalah YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Tuan Haji Asmuni Bin Awi mewakili YAB Menteri Besar Perak; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman; YBrs Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,Dr Mohammad Naim Bin Yaakub serta Pengarah PUO, Dr Zairon Bin Mustapha.

Seramai 2,270 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Khas dalam istiadat konvokesyen yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 20 Ogos hingga 22 Ogos 2019.

Istiadat konvokesyen yang berlangsung juga turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.

Beberapa anugerah seperti Anugerah Ungku Omar, Anugerah Khas Industri, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan), Anugerah Projek Terbaik diberikan kepada para graduan yang berjaya.

Kolaborasi erat antara para pemain industri dan PUO membolehkan Anugerah Khas Industri diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada graduan yang layak selain cemerlang dalam bidang masing-masing.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO Antara tetamu kehormat yang hadir pada Istiadat Konvokesyen PUO.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO Antara graduan yang menerima ijazah sempena Istiadat Konvokesyen PUO.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO Penerima Anugerah Ungku Omar, Mohamad Suhairi Bin Samad dan Nur Fatihah Binti Khairudin pada Istiadat Konvokesyen PUO.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan ijazah kepada salah seorang graduan wanita sempena Istiadat Konvokesyen PUO.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sempurnakan Istiadat Konvokesyen PUO DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Ungku Omar kepada Encik Mohamad Suhairi Bin Samad.

Sumber : Korporat, SUK Perak.