The Official Portal of The Perak Government

9,423 Kotak Kuih Raya Diagihkan Kepada Pasukan Keselamatan - 9 Julai 2014

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir  menyampaikan kotak kuih raya kepada Ketua Polis Perak.

Ipoh, 9 Julai 2014 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir telah menyempurnakan majlis penyerahan kuih raya kepada anggota-anggota pasukan keselamatan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada tahun ini kerajaan Negeri Perak telah mengagihkan sejumlah 9,423 kotak kuih raya kepada 16 pasukan keselamatan di Negeri Perak termasuk, Polis Di Raja Malaysia (PDRM)- 1,701 kotak kuih raya; Pasukan Gerakan Am (PGA) – 1,026 kotak; Pasukan Polis Marin (PGM) -108 kotak; Markas 2 Bridged – 3,456 kotak; Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)- 108 kotak; Tentera Laut Diraja Malaysia- 1,539 kotak; Unit Penguat kuasa Penyeludupan- 54 kotak; Agensi Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (APMM)- 297 kotak; Bomba dan Penyelamat- 540 kotak; Jabatan Kesihatan – 135 kotak; Jabatan Imigresen – 135 kotak; Kastam Diraja- 108 Kotak; dan masing-masing 54 kotak kuih raya bagi Jabatan Penjara Taiping, Kem Tahanan Taiping, Jabatan Penjara Tapah dan Jabatan Penjara Batu Gajah.

Proses pembungkusan ini melibatkan seramai 620 orang daripada pasukan keselamatan termasuk BAIDURI, PUSPANITA, MAKSAK dan KESEDAR. Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa badan lain seperti BAKAT dan PERKEP.

Selain kuih raya, bahan-bahan lain turut diletakan di dalam kotak kuih raya yang dibekalkan seperti rendang tok, serunding, kuah kacang, kopi, beras, karipap mini, kacang dan pedas, badam cookies dan biskut kauci.

Hadir sama menyaksikan penyerahan kuih raya kepada pasukan keselamatan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan; Yang Dipertua BAIDURI Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli dan YBhg. Pengerusi PUSPANITA Perak, Datin Seri Nor Hasmah binti Mohamad.

Anggota keselamatan yang terlibat semasa proses pembungkusan kuih raya di Dewan Bankuet.
Anggota pasukan keselamatan gembira setelah menerima kotak kuih raya disampaikan YAB Menteri Besar Perak.
Isteri kepada YAB Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli turut serta semasa proses pembungkusan kuih raya.
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir melihat kotak kuih raya yang akan diedarkan kepada pasukan keselamatan.
YBhg. Pengerusi PUSPANITA Perak, Datin Seri Nor Hasmah binti Mohamad bersama ahli PUSPANITA Perak turut terlibat ketika proses pembungkusan  kuih raya.

Sumber: Korporat, SUK Perak