The Official Portal of The Perak Government

Pejabat SUK Perak Edar 2000 Bekas Bubur Lambuk - 16 Julai 2014

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan menerima bungkusan bubur lambuk yang disampaikan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir.

IPOH, 16 JULAI 2014 - Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), telah mengedarkan sebanyak 2000 bekas bubur lambuk kepada warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bangunan-bangunan sekitar termasuk Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Majlis Sukan Negeri, Muzium, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Majlis penyerahan bubur lambuk disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Gazali bin Jalal dan YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan ), Dato’ Haji Razali bin Othman.

Terdahulu sebelum majlis penyerahan bubur lambuk, warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah bergotong-royong memasak bubur lambuk seawal jam 8.00 pagi bertempat di parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada tahun ini terdapat sedikit kelainan kerana, selain bubur lambuk, Pejabat SUK Perak turut mengedarkan bersama sambal ikan bilis dan telur masin.

YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Md Ali bin Aziz turut sama membantu bagi ketika proses memasak bubur lambuk.
Sebahagian warga Bangunan Perak Darul Ridzuan berkerjasama ketika proses membersihkan telur masin sebelum direbus.
Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan bergotong-royong memasak bubur lambuk di parkir bas Pejabat SUK Perak.
Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan dari golongan wanita bekerjasama memotong dan menyediakan bahan-bahan bagi memasak bubur lambuk.
Warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan bergotong-royong mengacau bubur lambuk.

Sumber: Korporat, SUK Perak.