The Official Portal of The Perak Government

DYMM Sultan Perak Sempurnakan Majlis Bantuan Hari Raya Fakir Miskin - 17 Julai 2014

DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merasmikan Masjid Al-Ridzuan sambil diperhatikan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir.

PARIT BUNTAR, 17 JULAI 2014 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Bantuan Hari Raya kepada 1,696 fakir miskin berjumlah RM 339 ribu.

Bantuan Hari Raya ini merupakan peruntukan zakat di bawah Asnaf Fakir-Miskin tahun 2014M/1435H daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bagi daerah Kerian meliputi 8 mukim iaitu Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjong Piandang, Bagan Tiang, Bagan Serai, Beriah, Semanggol dan Mukim Selinsing. Bantuan disampaikan kepada penghulu sebagai wakil bagi setiap mukim.

Terdahulu sebelum Majlis Penganugerahan Bantuan Hari Raya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Ridzuan, Parit Buntar dan Majlis Berbuka Puasa Daerah Kerian bagi Tahun 2014/1435H.

Turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dr. Amiruddin bin Mohammed.

DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menanam pokok di perkarangan Masjid Al-Ridzuan.
DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersalaman dan beramah mesra bersama penduduk-penduduk setempat yang hadir ke Masjid Al- Ridzuan.
DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima cenderamata berupa lukisan Masjid Al-Ridzuan.
DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan bantuan Hari Raya kepada Penghulu Mukim Kuala Kurau, Tuan Haji Abdullah bin Yusof.
Penghulu dari mukim daerah Kerian bergambar bersama DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir.
Pemandangan dari luar Masjid Al-Ridzuan, Parit Buntar.

Sumber: Korporat, SUK Perak.