The Official Portal of The Perak Government

Sultan Perak Solat Sunat Aidilfitri Bersama Rakyat Di Masjid Ubudiah - 28 Julai 2014

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersalaman dengan rakyat jelata setelah selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

KUALA KANGSAR, 28 JULAI 2014 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar bersama lebih 2,000 umat Islam sempena sambutan 1 Syawal 1435H/2014M.

Berangkat sama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar bin Raja Muda Musa dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Turut serta YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan; YBhg.Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj Zakaria dan barisan EXCO kerajaan negeri.

“Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan bersalaman dengan rakyat jelata, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudian menziarahi pusara almarhum ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan pusara almarhum adinda baginda, Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni armarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan Kuala Kangsar.

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun turut hadir ke majlis jamuan hari raya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menziarahi pusara almarhum ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Tetamu kehormat menikmati jamuan hari raya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar selepas selesai Solat Sunat Aidilfitri.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber: Korporat, SUK Perak.