The Official Portal of The Perak Government

Lab Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak Bersama JPA 2015 : 25 Mac 2015

lab Transformasi
YBhg Dato' Haji Razali bin Othman bergambar bersama peserta yang terlibat.

IPOH, 25 MAC 2015 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Lab Transformasi Perkhidmatan Awam 2015 yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai transformasi perkhidmatan awam kepada penjawat awam di Negeri Perak. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi strategik antara JPA dengan Kerajaan Negeri Perak. Di samping itu juga, ianya akan mewujudkan ejen transformasi di peringkat negeri dan akan membangunkan Pelan Transformasi Pejabat SUK Perak.

Program yang telah berlangsung selama tiga hari melibatkan penjawat-penjawat awam yang terdiri daripada beberapa daerah di Negeri Perak. Peserta program telah dibahagikan kepada lima teras atau kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membentangkan Langkah Strategik & Inisiatif Strategik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Negeri Perak.

"Perkhidmatan awam merupakan satu badan yang melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan" berkata YBhg Dato' Haji Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam ucapan penutupan perasmian program tersebut.

YM Cik Ku Mahrum bt Yaacob, Perunding Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam juga berkata dalam ucapan beliau bahawa program ini bertujuan untuk mempertengahkan plan strategik dan inisiatif penjawat awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di seluruh Malaysia.

Lab Transformasi Sesi perkongsian idea bersama Pn. Norsham bt Rahman daripada setiap kumpulan.
Lab Transformasi Setiap kumpulan diarahkan untuk membincangkan strategik dan inisiatif dalam pelan transformasi perkhidmatan awam.
Lab Transformasi Ucapan penutup oleh YBhg Dato' Haji Razali bin Othman di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Lab Transformasi Wakil peserta daripada setiap kumpulan sedang membentangkan pelan transformasi pentadbiran Negeri Perak.
Lab Transformasi YM Cik Ku Mahrum bt Ku Yaacob memberi taklimat dalam pelan transformasi perkhidmatan awam.

Sumber: Korporat, SUK Perak.