The Official Portal of The Perak Government

Majlis Pelancaran Projek TBG 1618 : 14 April 2015

Projek TBG 1618

Maskot Seladang sebagai simbol The Bos Gaurus Perak yang telah dirasmikan oleh Datuk Shahrul Zaman bin Hj Yahya.

IPOH, 14 APRIL 2015 - Majlis Pelancaran Projek “The Bos Gaurus 1618” telah disempurnakan oleh YB Datuk Shahrul Zaman bin Yahya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi, dan Multimedia Negeri Perak yang berlangsung di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Projek TBG 1618 adalah satu program yang dirangka secara khusus sebagai persediaan demi memastikan kecemerlangan kontinjen Negeri Perak yang bakal bersaing pada temasya SUKMA 2016 dan 2018.

Majlis Pelancaran TBG 1618 juga dihadiri oleh para atlet yang bakal membawa cabaran Negeri Perak di SUKMA 2016/18. Selain itu, turut hadir para pegawai dan jurulatih serta jemputan dari agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pembangunan sukan di Negeri Perak.

YB Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya berkata dalam ucapan perasmian menggesa agar para atlet bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi SUKMA pada tahun 2016 yang bakal di adakan di Negeri Sarawak.

"Kerajaan Negeri Perak begitu serius dan komited untuk melihat kejayaan pada Temasya Sukan Malaysia 2016 dan 2018, maka bermula dari sekarang secara rasminya, para atlet perlu sentiasa bersedia dan berdaya saing." - kata YB Datuk Shahrul Zaman bin Yahya.

YB Datuk Shahrul juga berkata bahawa pihak Kerajaan Negeri bersetuju untuk membayar elaun bulanan atlet kepada semua atlet pelatih bermula Januari 2015. Selain itu juga, YAB Menteri Besar juga berkenan untuk melantik YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan sebagai Ketua Kontinjen Perak ke SUKMA 2016.

YB Datuk Shahrul Zaman bin Yahya dalam sidang medianya turut memaklumkan penganjuran Festival Belia Perak 2015 yang akan diadakan pada 23 hingga 26 April 2015 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Festival Belia Perak merupakan kesinambungan daripada Festival Belia Putrajaya yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2015 akan datang.

Festival Belia Perak 2015 membawa tema "Showcase Of Talent' yang akan mengetengahkan bakat-bakat para belia di Negeri Perak. Festival Belia Perak 2015 merupakan kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan dengan Majlis Belia Negeri Perak.

Projek TBG 1618

Pelancaran Projek The Bos Gaurus disempurnakan oleh YB Datuk Shahrul Zaman bin Yahya.

Projek TBG 1618

Sesi bergambar bersama para atlet.

Projek TBG 1618

Para atlet membaca ikrar  semasa majlis tersebut.

Projek TBG 1618

Pemberian Dermasiswa pengajian tinggi bagi atlet yang layak.

Projek TBG 1618

Pemberian Insentif kepada para atlet yang akan ke SUKMA 2016 di Sarawak.

Sumber: Korporat, SUK Perak.