The Official Portal of The Perak Government

Sifat Istimewa DYMM Sultan Perak Pengaruh Besar Dalam Menyatukan Rakyat : 14 Mei 2015

Sifat istimewa DYMM Sultan Perak pengaruh besar dalam menyatukan rakyat
DYMM Paduka Seri Sultan Perak bergambar bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertabalan.

KUALA KANGSAR, 14 Mei 2015 – YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berkata, sifat-sifat istimewa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berperanan dan berpengaruh besar dalam menyatukan rakyat dari pelbagai agama, kaum, budaya dan generasi kini.

YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berkata sifat keperihatinan dan kasih sayang tuanku terhadap rakyat jelata dapat dilihat ketika baginda menyempurnakan acara menziarahi makam-makam dan majlis-majlis bersama rakyat sempena Pertabalan DYMM Sultan Perak XXXV.

“Dalam menyempurnakan acara ziarah tersebut, tuanku berdua telah berkenaan mencemar duli untuk menemui dan beramah mesra dengan rakyat tuanku di jajahan-jajahan yang berkaitan dalam majlis bersama rakyat.

Sifat rendah diri tuanku berdua untuk bermesra dan memenuhi hajat untuk bergambar dengan rakyat jelata seramai mungkin, telah memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan perasaaan hormat rakyat terhadap tuanku berdua.” kata YAB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika memberi sembah ucapan sempena Istiadat Menyembah Tahniah di perkarangan Istana Iskandariah.

Selesai ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Istiadat Sembah Tahniah dimulakan dengan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir diikuti, YBhg. Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Haji Ramli Bin Ngah Talib dan YABhg. Sahibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Penasihat Jawantankuasa Induk Pertabalan.

Istiadat diteruskan dengan semua ahli Jawatankuasa Induk Pertabalan menghadap DYMM Sultan Perak bagi menyampaikan ucapan sembah tahniah termasuk YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk.

Selesai Istiadat Sembah Tahniah, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Permaisuri Perak berkenan bergambar bersama semua ahli Jawatankuasa Induk Pertabalan.

Sifat istimewa DYMM Sultan Perak pengaruh besar dalam menyatukan rakyat

YB Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyampaikan ucapan sempena Istiadat Sembah Tahniah.

Sifat istimewa DYMM Sultan Perak pengaruh besar dalam menyatukan rakyat

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menghadap sembah Tahniah DYMM Sultan Perak.

Sifat istimewa DYMM Sultan Perak pengaruh besar dalam menyatukan rakyat

YB Pegawai Kewangan Negeri Perak Dato Hj. Mohd Gazali Bin Jalal selaku Pengerusi Jawatankuasa Kewangan menghadap sembah Tahniah DYMM Sultan Perak.

Sifat istimewa DYMM Sultan Perak pengaruh besar dalam menyatukan rakyat

Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak YABhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Harussani Bin Haji Zakaria menghadap sembah Tahniah DYMM Sultan Perak

 Sumber: Korporat, SUK Perak.