The Official Portal of The Perak Government

Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala KPPA : 22 Ogos 2015

Piala KPPA
YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan bergambar bersama peserta yang mengambil bahagian

IPOH, 22 OGOS 2015 - Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang julung-julung kali diadakan berjaya menarik minat lebih 100 penyertaan dari 27 pasukan bagi merebut piala yang dipertandingkan.

Kejohanan golf yang disertai pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai muda perkhidmatan awam dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi seluruh Negeri Perak ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

En. Adila Sabri bin Muhamad dari Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dinobatkan selaku johan pada edisi pertama Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ( KPPA ) ini diikuti En Mohammad Nor Fuad dari Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ) ditempat kedua, dan ASP Ahmad Auzani bin Mohd Alani di tempat ketiga.

Johan menerima wang tunai bernilai RM 300, Piala Pusingan KPPA dan piala iringan manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM 250. Hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal di Meru Valley Golf & Country Club, Perak.

Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) merupakan anjuran Koperasi Profesional Putrajaya (KOPROJAYA) Berhad bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ruang interaksi kepada pegawai-pegawai muda bersama-sama kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam dalam suasana yang lebih santai. Ia juga menyediakan platform kepada pegawai-pegawai muda untuk meluaskan jaringan perhubungan antara satu sama lain merentasi skim perkhidmatan, gred dan latar belakang dalam perkhidmatan awam yang berbeza.

 

Piala KPPA

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan menyampaikan hadiah kepada YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal yang menduduki tempat kesembilan keseluruhan.

Piala KPPA

YBhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal ketika membuat pukulan

Piala KPPA

Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' Shahrul Zaman Yahya turut serta dalam Kejohanan Golf Pegawai Muda Perkhidmatan Awam Piala KPPA

Sumber: Korporat, SUK Perak.