The Official Portal of The Perak Government

Majlis Korban Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2015 : 25 September 2015


Majlis Korban
Petugas-petugas lelaki bergotong royong melapah daging korban sebaik sahaja selesai proses penyembelihan.

IPOH, 25 SEPTEMBER 2015 - Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Ibadah Korban 1436 H / 2015 M di perkarangan kawasan lapang berhampiran kantin Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Seramai hampir 120 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan kakitangan dari setiap bahagian di Pejabat SUK Perak bergotong royong bagi menjayakan Majlis Korban Pejabat SUK Perak 2015 yang bermula seawal jam 7.30 pagi.

Pada tahun ini, sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan iaitu lima ekor sumbangan Pejabat SUK Perak, manakala Jabatan Penerangan Negeri Perak serta Pejabat Tanah Dan Galian masing-masing menyumbangkan seekor lembu.

Selesai kerja penyembelihan, kakitangan Bangunan Perak Darul Ridzuan turut dibahagikan kepada tujuh kumpulan iaitu bagi kerja-kerja melapah dan membungkus daging-daging korban sebelum diagihkan.

Selain penama ibadah korban dan warga Bangunan Perak Darul Ridzuan, pengagihan daging-daging korban turut diberikan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Darul Salam Medan Gopeng.

Semua warga Bangunan Perak Darul Ridzuan kemudiannya menikmati hidangan sup daging dan tulang yang telah disediakan pihak kantin SUK sebaik selesai Majlis Korban Pejabat SUK Perak 2015 kira-kira jam 12.00 tengah hari.

Majlis Korban

Warga SUK Perak memegang lembu korban yang ingin disembelih sempena Majlis Ibadah Korban 2015.

Majlis Korban

Kerja-kerja melapah daging korban untuk diagihkan kepada petugas-petugas, penama dan rumah kebajikan anak yatim.

Majlis Korban

Daging korban ditimbang dan dibungkus kedalam plastik sebelum diagihkan.

Majlis Korban

SUB BKP Puan Halizah Binti Sipun wakil Pejabat SUK Perak menyerahkan bungkusan daging korban kepada Jawatankuasa Pengagihan Daging Korban, En Khir Johari Bin Mohasisin untuk diagihkan.

Sumber: Korporat, SUK Perak.