The Official Portal of The Perak Government

Majlis Perasmian Dan Penyampaian Anugerah KIK Ke-28 Dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 : 12 Oktober 2015


Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015
Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah berjaya merangkul Anugerah Inovasi Menteri Besar dengan projek Inovasi Young Scientist.

IPOH, 12 OKTOBER 2015 - Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh membuat kejutan apabila projek inovasi mereka bertajuk “Young Scientis” diumumkan sebagai pemenang bagi merangkul Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB).

Kejayaan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah lebih bermakna apabila mereka merupakan pasukan tunggal yang berjaya memenangi anugerah tersebut dan tiada lagi mana-mana jabatan kerajaan mahupun individu yang dipilih sebagai pemenang sejak tiga tahun anugerah ini dipertandingkan kerana belum ada projek-projek inovasi yang mampu mencapai tahap bagi memberi impak yang signifikan dan tinggi kepada Kerajaan Negeri Perak.

Kejayaan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.00, Piala Iringan dan Sijil sumbangan Perbadanan Menteri Besar Perak.

Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah dipilih sebagai pemenang setelah menewaskan 2 kumpulan lain yang telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Pemilihan AIMB iaitu Majlis Daerah Kampar dengan projek bertajuk Pengurusan Permohonan Billboard dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan Projek Inovasi bertajuk Sistem Pemotongan Zakat Berjadual (e-PZB). 

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir sempena Majlis Perasmian Dan Penyampaian Anugerah KIK Ke-28 Dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB), turut dipertandingkan adalah Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ke-28 dimana sebanyak 28 kumpulan daripada jabatan negeri, jabatan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan seluruh Negeri Perak telah menyertai pertandingan yang telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Teknikal dan Pengurusan.

Bagi Kategori Teknikal, sebanyak 17 kumpulan mengambil bahagian dan hanya 5 kumpulan terbaik terpilih bagi merebut Anugerah KIK iaitu XPERIMEN (Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak), VIPER (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak), E-FORCE (Majlis Perbandaran Teluk Intan), i2 (Jabatan Penjara Taiping) dan AZIMUTH (Majlis Daerah Tanjong Malim).

Manakala bagi Kategori Pengurusan, Kumpulan YAKIN BOLEH (YB) (Hospital Taiping), FULL THROTTLE (Majlis Perbandaran Kuala Kangsar), SILVER OBSERVER (Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak), RX-PRO (Hospital Raja Permaisuri Bainun), dan GIFT (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Taiping) merupakan 5 kumpulan terbaik yang terpiliih daripada keseluruhan 11 penyertaan.

Berikut adalah keputusan penuh KIK Ke-28 dan Anugerah Inovasi 2015 :-

Keputusan Anugerah Inovasi 2015 :

  1. Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (AppsLearn)
  2. Majlis Bandaraya Ipoh (Mobile-K@MBI )
  3. Majlis Perbandaran Taiping (Sistem MPT2U)

  1. Majlis Bandaraya Ipoh (eZCT@MBI )
  2. Majlis Bandaraya Ipoh (Q-Investment@MBI )
  3. Tiada Pemenang

  1. Pejabat Daerah & Tanah Pengkalan Hulu (Urusan Tukar Syarat NyataTanah Jenis Tanaman Kepada Jenis Tanaman Yang Lain, di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara (Akta 56 Tahun 1965) dalam Masa 2 jam)
  1. Pejabat Daerah & Tanah Daerah Kinta, Ipoh ( i. Kad Permohonan Tanah, ii. Carbonized Paper Protector)
  1. Pejabat Daerah & Tanah Kerian, Parit Buntar (Sistem Maklum Balas Jabatan)

  1. Majlis Perbandaran Taiping ( i. Proses Buka Fail Pegangan Harta Baru Skim Perumahan, ii. Kiosk Bayaran)
  1. Majlis Daerah Kampar ( i. Pengurusan Permohonan Billboard, ii.  U-Angkoot )
  1. Majlis Bandaraya Ipoh ( i. Pneumatic Cylinder Limiter, ii. Dataran Stesen Ipoh )

      En. Hamdan Bin Mohamed Do’a (Inovasi Didepani, Visi Direalisasi)

 

Keputusan KIK Ke-28 :

         Kategori Pengurusan

  1. Hospital Taiping (YAKIN BOLEH )
  2. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (SILVER OBSERVER)
  3. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (FULL THROTTLE)

         Kategori Teknikal

  1. Majlis Perbandaran Teluk Intan (E-FORCE)
  2. Majlis Daerah Tanjung Malim (AZIMUTH MDTM)
  3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak (VIPER )

Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015

Hospital Taiping berjaya merangkul tempat pertama dalam Kategori Pengurusan bagi Konvensyen KIK dengan Projek Branula Tercabut Di Kalangan Kanak-kanak Berumur 1-3 tahun.

Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015

MPTI bejaya mendapat Johan bagi Kategori Teknikal dengan tajuk projek Meningkatkan Tindakan Ke Atas Aduan Anjing Terbiar Di Kawasan MPTI.

Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015

MPT berjaya mendapat Johan bagi Anugerah AIPBT 2015.

Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015

Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu mendapat johan untuk  projek inovasi Urusan Tukar Syarat Nyata Tanah Jenis Tanaman Yang Lain, di bawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara (Akta 56 Tahun 1965) dalam Masa 2 jam.

Majlis Perasmian Anugerah KIK dan Inovasi 2015

Encik Hamdan bin Mohamed Do'a  mendapat Tema Inovasi Terbaik dengan tema Inovasi Didepani Visi Direalisasi.

Sumber: Korporat, SUK Perak.