The Official Portal of The Perak Government

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 : 2 Disember 2015


Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014
Sebanyak 14 agensi menerima Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014.

IPOH, 2 DISEMBER 2015 - Sebanyak 14 agensi telah menerima Sijil Penarafan Lima (5) Bintang dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 dalam Majlis Penyerahan Sijil Penarafan 5 Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

ProBE adalah penilaian bagi penarafan bintang ke atas semua laman web sektor awam yang dilaksanakan setiap tahun oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDeC).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Razali bin Othman selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Laman Web/Portal Negeri Perak Bil. 2/2015.

14 agensi yang mendapat penarafan lima (5) bintang dalam ProBE 2014 adalah seperti berikut :

  1. Pejabat SUK Perak
  2. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
  3. Majlis Bandaraya Ipoh
  4. Majlis Perbandaran Taiping
  5. Majlis Perbandaran Manjung
  6. Majlis Daerah Tanjong Malim
  7. Majlis Daerah Selama
  8. Majlis Daerah Kampar
  9. Majlis Daerah Perak Tengah
  10. Majlis Daerah Batu Gajah
  11. Majlis Daerah Tapah
  12. Pejabat Daerah dan Tanah Gerik
  13. Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
  14. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014

Wakil Pejabat SUK Perak menerima sijil penarafan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Haji Razali bin Othman.

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014

Wakil Majlis Bandaraya Ipoh menerima sijil penarafan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Haji Razali bin Othman.

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014

Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran  menerima sijil penarafan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Haji Razali bin Othman. 

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014

Para penerima Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 bergambar kenangan bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Haji Razali bin Othman.

Sumber: Korporat, SUK Perak.