The Official Portal of The Perak Government

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat : 27 Februari 2016

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika majlis Perasmian Pusat Reakreasi Agrotourism Sungai Rui.

HULU PERAK, 27 FEBRUARI 2016 - Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak, yang diadakan selama 5 hari di Daerah Hulu Perak bermula 23 hingga 27 Februari baru-baru ini dilihat berjaya mencapai sasaran untuk mendekati dan menyelami permasalah rakyat dengan lebih dekat.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, berbanding program turun padang sebelum ini yang hanya diadakan dua hari, Pemukiman di Daerah Hulu Perak berjaya mencapai sasaran dan matlamat penganjurannya.

Sebanyak 137 program dilaksana sepanjang tempoh pemukiman siri pertama ini dan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir sendiri turun padang pada sebahagian program untuk melihat dan mendengar aduan rakyat termasuk daripada golongan Orang Asli.

Barisan exco kerajaan negeri, wakil rakyat, ketua jabatan bersama agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan turut sama terlibat semasa program pemukiman berlangsung seperti program menjelajah kampung bagi mendengar sendiri masalah yang dibangkitkan rakyat seperti isu tanah, telekomunikasi dan infrastruktur.

Pada program pemukiman itu juga, 19 orang masyarakat India di Kampung Ramasamy, Temengor menerima surat hak milik tanah kediaman bagi rumah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu. Selain itu Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut melakukan pemeriksaan pendawaian di rumah orang Asli di Ulu Gerik yang dibina sejak 1971 di samping menggantikan lampu yang rosak.

Antara pengisian lain sempena program Pemukiman di Hulu Perak ini termasuk ceramah, forum agama, qiamullail, ramah mesra dan bicara eksekutif bersama penjawat awam, kenduri rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, dan kaunter beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri dalam memudahkan urusan di samping menerima aduan serta permasalahan penduduk.

Sempena pemukiman itu, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir turut melancarkan program Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir dan Fit Perak yang dihadiri kira-kira 5,000 belia di Padang Landasan Terbang Gerik.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bergambar ketika Kempen Cintai Sungai Kita di Dataran Loma, Grik.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB SUK, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan YB Exco Kerajaan Negeri, Dato' Shahrul Zaman Bin Yahya turut serta dalam Program Fit.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersalam dengan penduduk Orang Asli ketika tiba di Jeti Awam, Banding.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak ketika walkabout ke Pasar Awam Gerik.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melihat peta bagi tinjauan kawasan punca banjir Pekan Gerik.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir melepaskan benih ikan sempena Kempen Cintai Sungai Kita di Kuala Rui.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika program Fit  Perak.

Program Pemukiman YAB Menteri Besar Perak Capai Matlamat

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama masyarakat India di Kampung Ramasamy selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah.

Sumber: Korporat, SUK Perak.