The Official Portal of The Perak Government

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung : 27 April 2016

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung
Sumbangan PNB sebanyak RM700, 000 kepada Pusat Hemodialisis Hospital Tapah bagi tujuan menaik taraf dan pembelian empat mesin hemodialisis di pusat berkenaan.

TAPAH, 27 APRIL 2016 : Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2016 yang diadakan di Stadium Tun Ahmad Sarji bermula 20 hingga 28 April lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat apabila mencatat jumlah kehadiran pengunjung seramai 215,000 orang.

Majlis Perasmian MSAM 2016 telah disempurnakan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri DiRaja Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak di Stadium Tun Ahmad Sarji yang turut dihadiri YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YABhg. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid dan YBhg. Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Bin Che Othman.

Pada majlis perasmian tersebut, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan PNB sebanyak RM700, 000 kepada Pusat Hemodialisis Hospital Tapah bagi tujuan menaik taraf dan pembelian empat mesin hemodialisis di pusat berkenaan.

Sepanjang Minggu Amanah Saham Malaysia 2016 berlangsung, tidak ketinggalan DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli berkenan berangkat ke pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 pada 24 April 2016.

Keberangkatan baginda disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan YABhg. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira sejam melawat gerai-gerai pameran sambil mendengar taklimat ringkas mengenai MSAM 2016 yang disampaikan oleh YBhg. Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Bin Che Othman.

Majlis Penutupan MSAM 2016 telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi pada 27 April lalu di Stadium Tun Ahmad Sarji.

Pada majlis tersebut beliau turut menyerahkan komputer riba kepada 3 pelajar terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perak sumbangan Malaysian Industrial Development Bhd (MIDF).

MSAM 2016 yang bertemakan “Pelaburan 360 PNB” dijayakan dengan sokongan 11 Syarikat Kumpulan PNB yang berperanan sebagai Rakan Premier iaitu Malayan Banking BHD (Maybank), Sime Darby Bhd (Sime Darby), I &P Group Sdn. Berhad (I&P), S P Setia Berhad (SP Setia) dan UMW Holdings Berhad (UMW Holdings).

Rakan Utama PNB terdiri daripada Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), MNRB Holding Berhad, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Produa), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dan Takful Ikhlas bertindak sebagai Rakan Program Keagamaan.

Pelbagai hadiah menarik dimenangi bagi pengunjung-pengunjung yang bertuah sepanjang minggu MSAM 2016 berlangsung seperti, sebuah Ford Fiesta 1.0L Ecoboost, Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT), Produa Axia 1.0, Yamaha R25, MacBook Air, Iphone 6s, iPad Mini, Samsung Galaxy Note 5, Samsung Galaxy Tab, TV LED, basikal dan pelbagai barangan elektrik.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri DiRaja Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak menyempurnakan Majlis Perasmian MSAM 2016.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

Ketibaan DYMM Sultan Perak disambut YAB Menteri Besar Perak dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli berkenan berangkat ke pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

YAB Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai Aman Jaya Tuisyen Online.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi melihat borang cabutan bertuah MSAM 2016.

MSAM 2016 Tarik Kehadiran 215,000 Pengunjung

YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak bergambar selepas selesai Majlis Perasmian Penutup MSAM 2016.

Sumber : Korporat, SUK Perak.