The Official Portal of The Perak Government

Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar : 22 Ogos 2016

Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar
YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  (KPKT), Tan Seri Noh Bin Haji Omar ketika memberi ucapan di Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 22 OGOS 2016 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Iskandar, Perak.

Majlis perasmian ini turut dihadiri, YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Seri Noh Bin Haji Omar, YB Timbalan Menteri KPKT, Dato’ Halimah Binti Mohamed Sadique dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Projek PPR Seri Iskandar ini dibina di atas tapak seluas 10 ekar dengan kos sebanyak RM 15.6 juta. Projek ini terdiri daripada 99 unit rumah teres dengan keluasan 700 kaki per segi termasuk 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu dan ruang dapur selain turut dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti lampu dan kipas.

YB Tan Seri Noh Bin Haji semasa sidang media selepas majlis perasmian PPR Seri Iskandar berkata, pendapatan isi rumah bagi memohon kediaman di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dinaikkan daripada RM2,500 ketika ini kepada RM3,000. Menurut beliau lagi,  kadar baharu yang dicadangkan itu selaras seperti syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kata beliau, cadangan berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan untuk dibincangkan secara terperinci.

"Kenaikan had kelayakan pendapatan ini selaras dengan had kelayakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemilikan kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)."

Selain daripada PPR Seri Iskandar, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan 7 projek PPR di Negeri Perak yang meliputi 915 unit rumah iaitu seperti di Kampar (29 unit), Sungkai( 64 unit), Batu Gajah (9 unit), Ipoh (112 unit), Tanjung Malim (45 unit), Buntong (416 unit) dan Taiping (240 unit).

Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar

YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar ketika sidang media selepas selesai Majlis Pecah Tanah, PPR Seri Iskandar.

Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika upacara perasmian Majlis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar sambil diperhatikan  YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar.
Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar melihat model rumah yang bakal dibina.
Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar YAB Dato' Seri DiRaj Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar melihat model keseluruhan Projek Perumahan Rakyat Seri Iskandar.
Majis Pecah Tanah PPR Seri Iskandar  YAB Menteri Besar Perak dan Yb Menteri KPKT ketika gimik majlis pecah tanah di Tapak projek PPR Seri Iskandar.

Sumber : Korporat, SUK Perak.