The Official Portal of The Perak Government

Majlis Perasmian Pecah Tanah Qi City : 9 September 2016

Majlis Perasmian Pecah Tanah Qi City
YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Qi City.

IPOH, 9 SEPTEMBER 2016 - YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Pecah Tanah Qi City yang bernilai RM1.2 bilion di Bandar Meru Raya.

Majlis pecah tanah projek di atas kawasan kira-kira 11 hektar (26 ekar) itu turut dihadiri YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Projek Qi City merupakan pembangunan bersepadu yang mengandungi kampus universiti, hospital pembelajaran (840 katil), tiga blok kondominium (768 unit), premis perniagaan, hotel (460 bilik) dan pusat konvensyen yang boleh memuatkan sehingga 1,500 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif  Green Venture Capital (GVC), S. Chandragesan berkata, projek berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun, akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak RM1.2 bilion selain membawa 10 peratus daripada dua juta kehadiran pelancong setahun ke Perak.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata pembangunan Qi City yang melibatkan pembangunan bercampur seperti universiti, hospital, hotel serta kediaman kondominium itu dilihat akan dapat merangsang ekonomi bagi kawasan Meru, Ipoh dan Negeri Perak.

Majlis Perasmian Pecah Tanah Qi City Orang ramai menyambut kedatangan YAB Menteri Besar Perak ke Maljis Perasmian Pecah Tanah Qi City, Bandar Meru Raya.
Majlis Perasmian Pecah Tanah Qi City Orang ramai yang hadir ke Majlis Perasmian Projek Pecah Tanah Qi City, Bandar Meru Raya.
Majlis Perasmian Pecah Tanah Qi City Pengarah Eksekutif QI Group, Dato' Vijay Eswaran menyerahkan lukisan Bandar Qi City kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Sumber : Korporat, SUK Perak.