The Official Portal of The Perak Government

PULARA Diiktiraf Antarabangsa – YAB Menteri Besar : 8 Disember 2016

PULARA

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis perasmian PULARA 2016.

PANGKOR, 8 DISEMBER 2016 - Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) yang berlangsung di Pulau Pangkor bermula 8 Disember sehingga 11 Disember 2016 semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir berkata, ia dapat dibuktikan menerusi sambutan daripada para penyair, sasterawan dan budayawan negara luar terhadap festival yang masuk tahun ketujuh penganjurannya itu.

Menurut beliau lagi, Kongres Penyair Sedunia juga mengiktiraf PULARA apbila meletakkan ia sebagai salah satu acara yang mesti dihadiri ahli-ahli mereka setiap tahun setiap tahun.

“Tahun ini sangat menggalakkan kerana pertama kali selepas kita adakan sejak tujuh tahun lalu, 20 buah negara luar datang ke sini. Kebiasaan kita cuma dapat penyertaan antara tujuh hingga lapan negara sahaja".

“Kelompok masyarakat istimewa ini datang dari seluruh dunia termasuk sejauh Argentina, Turki, Eropah dan ASEAN. Mereka datang bersama-sama di sini untuk menyampaikan puisi dan berkarya,” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pulara 7 dan Seminar Pulara Pangkor 7 bertajuk Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, Pasir Bogak.

Hadir sama ke majlis tersebut, YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali Abdul Rashid.

PULARA telah dimulakan sejak tahun 2010, dan pada tahun ini PULARA telah memasuki edisi ketujuh penganjurannya. Ia merupakan acara signature bagi Pulau Pangkor dan sudah diterima sebagai acara seni utama di Asia Tenggara oleh penyair dan penulis. PULARA edisi Ke-7, yang bertemakan “Puisi Mengharmoni” merupakan anjuran bersama oleh Tourism Perak dan Yayasan Kampung Karyawan Malim dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

PULARA YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir bersama YB Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi dan Pengerusi Pulara, Mohd. Ghazali Abdul Rashid ketika Majlis Perasmian PULARA 2016.
PULARA PULARA 2016 turut menarik penyertaan peserta dari Negara China.
PULARA YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir ketika membaca salah satu puisi di buku tulisannya, Kumpulan Puisi Surat Sahabat Poetry Collection Friend’s Letter.
PULARA Ketua-ketua jabatan dan hadirin yang hadir sempena Majlis Perasmian PULARA 7, 2016 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

ÂÂÂÂ