The Official Portal of The Perak Government

DYMM Sultan Perak Berkenan Merasmikan Majlis Penutup Pulara 7 : 11 Disember 2016

PULARA

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku Sajian Warisan karya Nor Azah Abdul Aziz.

PANGKOR, 11 DISEMBER 2016 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat mencemar duli merasmikan Majlis Penutup Festival Rakyat Antarabangsa ( PULARA ) edisi ketujuh di Pulau Pangkor.

Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula pada 8 Disember 2016 dengan tema “ Puisi Mengharmoni ” berjaya menghimpunkan kira-kira 400 penyair dari 20 negara termasuk Turki, Argentina, China, India dan Bangladesh.

Di majlis perasmian tersebut, DYMM Sultan turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Perak Darul Ridzuan 2016 iaitu bagi kategori Anugerah Karyawan Seni kepada Pengerusi Badan Budaya Perak,  Rashdi Abdul Kharis manakala penerima Anugerah Tokoh Seni Budaya disampaikan kepada Pengerusi Pulara, Mohd Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Hadiah Karya Darul Ridzuan kelima bagi kategori Ilmuwan Negeri Perak Darul Ridzuan kepada Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Dato’ Dr. Afifi al-Akiti Shaari dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Penyelaras Unit Kajian Jawi dan Khat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr HM Bukhari Lubis.

PULARA

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Majlis Penutup Festival Rakyat Antarabangsa  (PULARA) edisi ketujuh di Pulau Pangkor.

PULARA

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima sempena Majlis Penutup PULARA 7.

PULARA

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir dan dif-dif jemputan yang hadir ke Majlis Penutup PULARA 7.

PULARA

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika pelancaran buku Sajian Warisan karya Nor Azah Abdul Aziz.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

ÂÂÂÂ