The Official Portal of The Perak Government

Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2017 YAB Menteri Besar Perak : 12 Januari 2017

Majlis Executive Talk

Ucaptama oleh YAB MB sempena Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu Menteri Besar.

IPOH, 12 JANUARI 2017 - Sempena Majlis Executive Talk & Perutusan Tahun Baru 2017, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir menekankan beberapa aspek yang perlu diberi fokus pada tahun 2017. Berikut adalah fokus utama yang disentuh beliau:

1) Kebersihan Tandas Awam

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, meminta semua pihak agar mempertingkatkan tahap kebersihan tandas-tandas awam baik di Bandaraya Ipoh mahupun di kampung-kampung kerana ia merupakan gambaran kepada tahap kebersihan sesebuah masyarakat. YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, walaupun ianya bukan perkara mudah dan memerlukan komitmen yang tinggi bagi mendidik masyarakat, tetapi beliau berharap ia akan menjadi salah satu tabiat bagi penduduk di Negeri Perak supaya memastikan semua tandas awam di negeri ini berada dalam keadaan yang baik.

2) Melihat Semula Janji-Janji Kerajaan Yang Belum Dilaksanakan

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir meminta semua jabatan-jabatan melihat semula janji-janji pilihan raya kerajaan Barisan Nasional termasuk di setiap daerah-daerah demi memastikan tiada janji yang terlepas pandang dan tidak dilaksanakan. Menurut YAB Menteri Besar Perak, ia sangat penting kerana perkara yang telah dijanjikan perlulah dilaksanakan. “Janji tetap janji, janji kerajaan hendak buat perlu dilaksanakan, ia sangat penting kerana kalau kita tidak laksanakan apa yang dijanjikan, rakyat akan melihat kerajaan ini tidak boleh dipercayai.” kata YAB Menteri Besar Perak.

3) Tindakan Hasil Dari Permukiman Perlu Disegerakan

YAB Menteri Besar Perak berharap agar setiap permasalahan rakyat semasa program permukiman dapat diambil tindakan dan dilaksanakan segera kerana menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, terdapat di kalangan mereka yang benar-benar miskin dan memerlukan bantuan. Walau bagaimanapun menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir terdapat juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas bantuan yang disampaikan. “Program permukiman kita adalah antara program yang sangat efektif dan Alhamdulillah saya ucapkan, terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan di setiap daerah yang begitu komited. Program Permukiman Negeri Perak ini dianggap sebagai contoh model pengurusan dan pentadbiran terbaik dalam negara kita. Ini diakui oleh YAB Perdana Menteri kita sendiri.”

4) Kutipan Hasil

YAB Menteri Besar berharap kutipan hasil dapat dilaksanakan oleh semua jabatan bagi menambahkan lagi kutipan pada tahun ini. “Laporan terbaru yang menyebabkan kita mencapai kutipan yang begitu baik faktor besarnya ialah tidak lain dan tidak bukan peranan yang dimainkan oleh Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah.”  kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir

5) Hubungan Yang Lebih Akrab Antara Pentadbiran Negeri dan Agensi Jabatan-Jabatan Persekutuan

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berharap agar pentadbiran negeri dan jabatan-jabatan persekutuan yang terdapat di Negeri Perak dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab bagi memudahkan segala urusan dan perancangan dilaksanakan.

6) Tahun Melawat Perak 2017

7) Merancakkan Lagi Pelaburan Ke Negeri Perak

8) Program Pemuliharaan Hutan dan Hutan Paya Bakau Negeri

YAB Menteri Besar Perak ingin melihat Jabatan Perhutanan negeri untuk melaksanakan program pemuliharaan hutan dan hutan paya bakau yang terdapat di Negeri Perak kerana beliau yakin ia akan menjadi sumber ekonomi pada masa hadapan yang tinggi. YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir juga berharap agar hutan di negeri ini dapat diuruskan dengan baik.

9) Jabatan Pendidikan Dapat Mengambil Di Setiap Daerah Sekolah-Sekolah Tercorot Untuk Dijadikan Sekolah Angkat

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir meminta Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjadikan sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan di setiap daerah sebagai sekolah angkat dan mentransformasikan sekolah berkenaan antara yang terbaik. Menurut YAB Menteri Besar Perak, sekolah-sekolah ini wajar diberi perhatian kerana menurut beliau, kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada guru-gurunya.

10) Memastikan Tanah- Tanah Kerajaan Tidak Diterokai Secara Haram

11) Menjadikan Perak Negeri Yang Bersih

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berharap agar bukan sahaja di Bandaraya Ipoh malah di setiap daerah dan kampung-kampung bersih daripada sampah sarap. Beliau berharap masyarakat di negeri ini perlu dididik supaya lebih menghargai kebersihan

Majlis Executive Talk

Ketibaan YAB Menteri Besar Perak, YB SUK dan YB Kewangan ke Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu Menteri Besar.

Majlis Executive Talk

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan mandat dan perutusan Tahun Baharu Kepada Penjawat Awam dan Ketua-Ketua Jabatan.

Majlis Executive Talk

Lafaz ikrar integriti ketua-ketua jabatan dan penjawat awam sempena Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu Menteri Besar.

Majlis Executive Talk

Lafaz ikrar integriti ketua-ketua jabatan dan penjawat awam sempena Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu Menteri Besar.

Sumber : Korporat, SUK Perak.