The Official Portal of The Perak Government

Masyarakat India Beri Sumbangan Besar – YAB Timbalan Perdana Menteri : 17 Januari 2017

Program ‘Ponggu Tamil’

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bersama dif-dif jemputan yang hadir menyaksikan persembahan pembukaan Ponggu Tamil.

HUTAN MELINTANG, 17 JANUARI 2017 - YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi berkata sumbangan masyarakat India di negara ini adalah cukup besar bagi mengisi erti kemerdekaan yang telah dicapai.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi berkata, seluruh masyarakat India di negara ini khususnya masyarakat India di Bagan Datuk jelas melakukan transformasi untuk menukar daripada pemikiran yang sempit kepada pemikiran yang lebih luas.

“Semangat Ponggal yang ada, begitu lama berada di negara ini dan tidak terlepas masyarakat di Bagan Datuk juga, memperlihatkan bagaimana transformasi ini dilakukan sejak sekian lama oleh masyarakat India.” kata YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi sempena Program ‘Ponggu Tamil’ di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Menurut beliau lagi, masyarakat di negara ini tidak mengira kaum, budaya dan agama haruslah hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu padu.

“we belong to plural society, we belong to multi-ethnic society, we have to work together, we have to leave together, we have to create harmonious society amoung us.”

Turut hadir ke program tersebut, YB. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan , Datuk Shahrul Zaman bin Yahya yang juga merangkap ADUN Rungkup dan YBhg. Penasihat Kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Elango Vadiveloo.

Walaupun hujan turun semasa program berlangsung, namun ia tidak menghalang kehadiran kira-kira 3,000 orang yang hadir bagi memeriahkan sambutan Ponggu Tamil tersebut.

Pesta Ponggal adalah upacara meraikan hasil tuaian di akhir musim menuai. Dalam Bahasa Tamil, Ponggal membawa makna ‘melimpah’ yang melambangkan kemakmuran. Secara tradisi, Ponggal dirayakan oleh penduduk (petani dan penternak) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India. Bagaimanapun, keadaannya agak berbeza kini kerana Ponggal disambut hampir semua penduduk kaum India tanpa mengira keturunan dan batas geografi.

Program ‘Ponggu Tamil’

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi ketika menyampaikan ucapan sempena program Ponggu Tamil di Dewan Sanmarka Orang India.

<Program ‘Ponggu Tamil’

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi bersalaman dan beramah mesra bersama orang ramai yang hadir ke program tersebut.

Program ‘Ponggu Tamil’

YBhg. Penasihat Kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Elango Vadiveloo menyambut ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.

Program ‘Ponggu Tamil’

Persembahan tarian daripada penari kesenian sempena sambutan program Ponggu Tamil.

Sumber : Korporat, SUK Perak.