The Official Portal of The Perak Government

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020 : 19 Januari 2017

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

YAB Menteri Besar Perak menyempurnakan majlis Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020.

BAGAN DATUK, 19 JANUARI 2017 - Bagi membantu memantapkan dan melonjakkan prestasi perolehan koperasi di Negeri Perak, kerajaan negeri telah merangka Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020.

Majlis perasmian pelan tindakan strategik tersebut telah disempurnakan YAB Menteri Besar Perak,  Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bertempat di Dewan Hajah Tuminah bersempena dengan Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Bagan Datuk.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir berkata terdapat sesetengah penubuhan koperasi diwujudkan hanya untuk kepentingan tertentu bagi tempoh yang singkat yang mana tujuannya juga adalah untuk mendapatkan sesuatu.

“Kebanyakan yang kita lihat (koperasi) bisnes model tidak ada, walaupun niat baik untuk menubuhkannya.

Saya harap dengan adanya pelan strategik yang dilancarkan hari ini, ahli-ahli koperasi dapat berhubung dengan Kerajaan Negeri untuk melihat bagaimana kita dapat kerja sebagai satu pasukan.

Kita bukan tidak mahu beri galakkan kepada pertubuhan koperasi di Perak tetapi kita mahu melihat koperasi yang matang, tahu matlamatnya dan ada bisnes modelnya dan bukan hanya ditubuhkan bagi tujuan-tujuan tertentu dan akhirnya mati begitu sahaja,” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir.

Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020 menekankan 6 fokus utama iaitu Pemantapan Sistem Pengurusan Koperasi, Pemantapan Pengurusan Kewangan, Pembangunan Kapasiti Koperasi, Pemantapan Sistem Pemasaran Produk Atau Perkhidmatan, Teknologi dan Inovasi dan Pencapaian Kualiti dan Pengiktirafan Produk.

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan geran sebanyak kepada Percetakan PMI.

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

YAB Dato' Seri DiRaja menyerahkan buku Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020.

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

Wakil dari Usahawan Tekun Cawangan Bagan Datuk turut menerima pembiyaan suntikan modal sebayak RM 563,000.00.

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dipilih selaku pemenang tempat pertama Ladskap Terbaik bagi katergori PBT.

Majlis Perasmian Pelan Tindakan Strategik Memperkasakan Gerakan Koperasi Negeri Perak 2017-2020

YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyerahkan dana pembiayaan kepada Koperasi Peserta Rancangan FELCRA.

Sumber : Korporat, SUK Perak.