The Official Portal of The Perak Government

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak : 8 Februari 2017

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

Sesi bergambar bersama Ketua-ketua Asing di Malaysia.

IPOH, 8 FEBRUARI 2017 - Negeri Perak menerima lawatan daripada duta-duta asing daripada 15 buah negara sempena Program Lawatan Ketua-ketua Asing Ke Malaysia anjuran Kementerian Luar Negeri selama 2 hari bermula 6 Februari 2017.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, Perak merupakan negeri pertama yang dipilih oleh Kementerian Luar Negeri bagi program ini dan ia merupakan rombongan terbesar yang pernah diterima kerajaan negeri melibatkan duta-duta asing.

Menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, sempena dengan program lawatan ini, kerajaan negeri mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2017.

 “Kesemua mereka telah pun melahirkan ketakjuban mereka dengan kedudukan negeri Perak dan juga keindahan alam yang terdapat di negeri Perak ini, sehinggakan digambarkan bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh seorang pemandu bas yang membawa mereka itu sendiri menjadi satu tarikan kepada mereka, atas sikap yang baik, pergaulan, tutur kata, senyuman dan itu menjadi tarikan kepada mereka.”

Selain itu menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, kedatangan mereka bukan sahaja sekadar mengenai aspek pelancongan semata-semata tetapi peluang untuk potensi pelaburan juga turut dibincangkan terutama dalam bidang yang boleh diceburi bersama antara Negeri Perak dan negara-negara luar terbabit.

 “Ini merupakan satu peluang yang baik, sempena dengan Tahun Melawat Perak Tahun 2017 dengan kehadiran seramai 15 duta asing daripada pelbagai negara.                  

Mereka juga bertanya kepada kita daripada aspek peluang-peluang pekerjaan yang ada. Apa keistimewaan-keistimewaan yang boleh mereka ceburi bersama.” kata YAB Menteri Besar Perak.

Program lawatan duta-duta asing selama 2 hari ke Negeri Perak ini, melibatkan duta–duta dari negara seperti Argetina, Belgium, Cuba, Senegal, Swaziland , Maldives, Fiji, Cambodia, Lesotho , Finland, Ecuador, South Africa, Nigeri, Namibia dan India.

Mereka dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, tempat pembuatan Labu Sayong, dan sekitar bandaraya Ipoh.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak memberikan ucapan sempena Majlis Jamuan Makan bersama ahli rombongan Ketua-Ketua Asing.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

Ucapan Aluan oleh Timbalan Pengarah UPEN dan taklimat 'Investment Opportunities in Perak' oleh Ketua Eksekutif Perak Investment Management Centre.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

Duta-duta asing disambut pegawai -pegawai kanan kerajaan sebelum menghadiri sesi taklimat di Bilik Gerakan Negeri sempena lawatan mereka ke Negeri Perak.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak menyampaikan cenderamata kepada wakil Ketua-Ketua Asing sambil diperhatikan YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan EXCO Pelancongan Negeri.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

Pegawai-pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyambut ketibaan Ketua-Ketua Asing di Malaysia ke Negeri Perak.

Lawatan Duta Asing Ke Negeri Perak

 YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama ahli rombongan Ketua-ketua Asing.

Sumber : Korporat, SUK Perak.