The Official Portal of The Perak Government

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar : 14 Februari 2017

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar

Gimik Perasmian Pelancaran 'Permulaan Kerja' Pembinaan Kompleks Terminal Pengangkutan Kampar oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir dan tetamu kehormat.

KAMPAR, 14 FEBRUARI 2017 - Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar yang bernilai kira-kira RM 128 juta dijangka mampu melonjakkan ekonomi di kawasan berkenaan.

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir berkata, kompleks yang dibina di atas tanah seluas 1.505 hektar itu juga dijangka merancakkan lagi pembangunan di kawasan Kampar Putra.

“Projek ini juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi warga daerah Kampar khususnya di Kampar Putera dan sekitarnya.”  kata YAB Menteri Besar Perak selepas merasmikan Majlis Pelancaran Permulaan Kerja Pembinaan Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar di Kampar Putra.

Menurut YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, kompleks yang bakal dibina ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan- kemudahan lain seperti pusat konvokesyen serta tempat sukan.

YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir juga turut memuji syarikat Perak Transit Berhad kerana mengambil satu lagi inisiatif bersama-sama kerajaan Negeri Perak dan sektor swasta untuk membangunkan terminal-terminal bas di Negeri Perak.

“Langkah yang diambil Perak Transit adalah satu contoh di mana mereka membina sebelum ini Terminal Amanjaya di kawasan Meru Raya dan pada hari ini, mereka bina satu lagi terminal di kawasan Kampar.” kata YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Turut hadir ke majlis tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengerusi Perak Transit Berhad, Tan Sri Chang Ko Youn.

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan Tan Sri Syed Hamid Albar bergambar bersama Ahli Jawatankuasa majlis.

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar

Ucapan Perasmian Pelancaran Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar

YAB Menteri Besar Perak bersalaman bersama orang ramai semasa ketibaan beliau di tapak Terminal Bersepadu Kampar.

Kompleks Terminal Pangangkutan Bersepadu Kampar Lonjak Ekonomi Warga Kampar

YAB Menteri Besar Perak melihat replika model Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar.

Sumber : Korporat, SUK Perak.