The Official Portal of The Perak Government

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL : 24 Februari 2017

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL

Pelumba Team Wilier Triestina, Jakub Mareczko dari Itali,  menjuarai perlumbaan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi.

24 FEBRUARI 2017, PANTAI REMIS - Pelumba Team Wilier Triestina, Jakub Mareczko dari Itali,  menjuarai perlumbaan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) sejauh 118 kilometer dari Serdang, Kedah ke Pantai Remis, Perak.

Jakub Mareczko mencatat masa 2 jam 48 minit 56 saat diikuti pelumba dari pasukan Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland di tempat kedua dan pelumba negara dari pasukan Terengganu Cycling Team, Mohd. Zamri Saleh berada di tempat ketiga.

Bagaimanapun Jersi Kuning iaitu pendahulu keseluruhan kekal milik Ryan Gibbons dari pasukan Pro Tour Dimension Data yang mengumpul catatan keseluruhan 10 jam 48 minit 9 saat, mengatasi pelumba UnitedHealthCare, Travis McCabe yang hanya ketinggalan tiga saat di belakang diikuti pelumba Wilier Triestina, Filippo Pozzato, 11 saat di belakang.

Memandangkan perlumbaan peringkat ketiga sejauh 118km itu tidak melalui zon pendakian, maka gelaran Jersi Polka Dot (Raja Bukit) kekal menjadi milik pelumba Infinite AIS Cycling Team, John Kronborg Ebsen yang berpangkalan di Thailand manakala Jersi Terbaik Asia milik Yevgeniy Gidich.

Hadiah kepada pemenang Peringkat 3 Le Tour de Langkawi , disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Perlumbaan peringkat keempat akan diteruskan pada 25 Februari 2017 iaitu dari Seri Majung, Perak ke Cameron Highlands dengan jarak sejauh 174.4km.

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL

Pelumba-pelumba di garisan penamat perlumbaan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) di Pantai Remis, Perak.

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menyambut ketibaan 'Team Marshall' Le Tour De Langkawi.

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ditemuramah oleh pengacara majlis Le Tour de Langkawi.

Mareczko Juarai Peringkat Ketiga LTDL

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan menerima cenderahati daripada jawatankuasa penganjur.

Sumber : Korporat, SUK Perak.