The Official Portal of The Perak Government

Atlet Sukma Perak Sertai Kem Gemilang Perak ‘The Bos Gaurus’ - 26 Januari 2014

PULAU PANGKOR, 26 JANUARI 2014 - Perak menghantar seramai 237 orang atlet untuk menjalani Kem Gemilang Perak ‘The Bos Gaurus’ di Teluk Dalam Resort, dalam usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVII 2014 yang akan berlangsung di Negeri Perlis.

Kem selama 3 hari bermula dari 24-26 Januari 2014 ini adalah hasil kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri dan Biro Tata Negara bertujuan membentuk semangat kenegerian, jati diri dan ketahanan mental yang tinggi di kalangan atlet bagi menghadapi SUKMA XVII.

Antara objektif lain kem ini diadakan adalah meredakan tekanan di kalangan atlet selepas menjalani latihan berterusan selain mewujudkan suasana kemesraan dan perhubungan silaturahim sesama atlet dan pegawai pasukan.

Hadir di majlis penutup Kem Gemilang Perak ‘The Bos Gaurus’ YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Abdul Puhat bin Mat Nayan; YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman bin Yahya; Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tn. Hj Musa bin Dun dan Pengarah Biro Tata Negara Perak, En Mohd Shamlan bin Zabaani.

Sumber : Korporat, SUK Perak.