The Official Portal of The Perak Government

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten : 25 Mei 2017

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

YBhg. Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perhimpunan Warga Perkhidmatan Awam Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 25 MEI 2017 - Bagi menghadapi tahun 2017 yang dianggap tahun yang mencabar, semua jabatan di negeri ini perlu membentuk pasukan yang kompeten dalam memastikan setiap perlaksanaan program negeri dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurut YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Bakar, persediaan rapi dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan beberapa aspek pengurusan dapat mencapai penganugerahan dan penarafan seperti tahun sebelum ini dan seterusnya membolehkan Negeri Perak mengekalkan momentum prestasi di tahap yang maksimum.

YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Bin Haji Said berkata, di antara tumpuan bagi kerajaan Negeri Perak pada tahun 2017 ialah International Standard Operation iaitu pensijilan ISO yang baharu, penarafan semula Sistem Star Rating, Ekosistem Konduksi Sektor Awam (EKSA) dan persiapan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

“Saya tidak menafikan bahawa pelbagai cara yang telah dilaksanakan di peringkat negeri bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam berkesan dan memberi impak yang positif kepada rakyat. Kualiti perkhidmatan perlulah diberi perhatian dalam memastikan pencapaian yang cemerlang.

Merujuk kepada data aduan negeri Perak, banyak aduan telah diselesaikan dengan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah dan tanah (PDT).

Pengurangan jumlah aduan dapat membuktikan bahawa rakyat berpuas hati akan perkhidmatan yang diberikan. Para penjawat awam perlu fokus kepada penyampaian perkhidmatan usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya untuk kebajikan rakyat.” kata YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Bin Haji Said yang menyampaikan teks ucapan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perkhidmatan Awam Bangunan Perak Darul Ridzuan Bil 1/2017 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Menurut beliau para penjawat awam perlu fokus kepada penyampaian perkhidmatan usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya untuk kebajikan rakyat.

YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Bin Haji Said juga turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan Negeri Perak yang telah berjaya mencapai penarafan 5 bintang dalam Anugerah Pencapaian Penarafan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan bagi tahun 2016 yang diumumkan Ketua Audit Negara, YBhg. Tan Sri Dr Madinah Mohamad ketika kunjungan hormat beliau ke Negeri Perak pada 19 Mei lalu.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet dan pasukan pejabat SUK Negeri Perak yang telah berjaya memperoleh pelbagai kejayaan seperti pasukan bola jaring, bola sepak dan ragbi Maksak Perak.

Turut diadakan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Perkhidmatan Awam Bangunan Perak Darul Ridzuan Bil 1/2017, ialah Majlis Pelancaran Perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang disempurnakan YBhg. Dato’ Haji Abu Bakar Bin Haji Said selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk dan Pelaksana EKSA.

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

Pemain-pemain bola sepak SUK Perak bergambar bersama bersama pingat dan hadiah yang dimenangai.

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

Turut diadakan sempena majlis perhimpunan tersebut ialah penyampaian kad hadiah hari lahir kepada warga bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

YBhg. Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said bersama pekerja cemerlang bulanan warga bangunan Perak Darul Ridzuan.

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

YBhg. Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said menyampaikan mok check kepada pasukan bola sepak SUK Perak yang muncul sebagai johan Liga Perdana 2016.

Jabatan Perlu Bentuk Pasukan Yang Kompeten

YBhg. Dato' Haji Abu Bakar Bin Haji Said bersama penerima hari lahir bulanan memotong kek di Dewan Bankuet di akhir majlis.

Sumber : Korporat, SUK Perak.