The Official Portal of The Perak Government

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017 : 7 Jun 2017

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Juadah Raya kepada pasukan keselamatan.

IPOH, 7 JUN 2017 - Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan bersama pertubuhan BAIDURI Negeri Perak meneruskan Program Sumbangan Juadah Raya Kepada Anggota Keselamatan dan Pasukan Beruniform yang berkhidmat di Negeri Perak pada tahun ini. Majlis penyerahan yang akan berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir.

Sejumlah 19,345 kotak juadah raya akan diagihkan kepada 18 pasukan keselamatan di Negeri Perak termasuk, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) – 2,096 kotak; Pasukan Gerakan Am (PGA) – 1,300 kotak; Markas 2 Briged – 5,150 kotak; Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) – 106 kotak; Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) – 1,600 kotak; Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) – 35 kotak; Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) – 350 kotak; Jabatan Bomba dan Penyelamat – 1,205 kotak; Jabatan Kesihatan – 5,192 kotak; Jabatan Imigresen – 173 kotak; Jabatan Kastam Diraja Malaysia – 100 kotak; Jabatan Penjara Taiping – 250 kotak; Kem Tahanan Taiping / Pusat Koreksional Kamunting – 450 kotak; Jabatan Penjara Tapah – 240 kotak; Jabatan Penjara Batu Gajah – 245 kotak; Jabatan Pertahanan Awam Malaysia – 367 kotak; RELA – 400 kotak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 86 kotak.

Terdahulu sebelum majlis penyerahan juadah raya berkenaan berlangsung, urusan pembungkusan telah disempurnakan oleh Pengerusi Baiduri Negeri Perak, YABhg. Datin Seri DiRaja Saripah binti Zulkifli. Seramai 440 orang petugas yang terdiri daripada 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk BAIDURI, PUSPANITA, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, BAKAT (Laut), BAKAT (Darat), BAKAT (Udara), PERKEP Perak, PERKEP PGA, Pandu Puteri Negeri Perak, Pergerakan Puteri Islam Negeri Perak, KESEDAR/MAKSAK, Srikandi Persatuan Veteran ATM, Wanita Prihatin, PERISMA (Bomba), PELITAWANIS (TNB), Persatuan Ibu Tunggal Muslimah dan turut dibantu oleh pasukan 2 Briged.

Bahan-bahan yang dibekalkan di dalam kotak juadah raya seperti rendang tok, serunding, kuah kacang, beras dan kopi. Tujuan pengagihan juadah raya tersebut adalah bagi menghargai pengorbanan anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang bertugas di negeri ini pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

Puspanita Perak ketika proses pembungkusan juadah raya di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

Pandu Puteri Negeri Perak turut mengambil bahagian ketika proses pembungkusan juadah raya.

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

YAB Menteri Besar Perak melihat kotak bungkusan yang akan diedarkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

YAB Menteri Besar Perak menyerahkan kotak juadah raya kepada wakil Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Majlis Penyerahan Juadah Raya Kepada Pasukan Keselamatan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Dan Baiduri Sempena Aidilfitri 2017

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bergambar bersama-sama anggota pasukan keselamatan ketika Majlis Penyerahan Juadah Raya.

Sumber : Korporat, SUK Perak.