The Official Portal of The Perak Government

Majlis Perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut : 4 Julai 2017

Majlis Perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

SITIAWAN, 4 JULAI 2017 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut yang terletak di Kampung Acheh.

Keberangkatan baginda turut diiringi, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Berangkat hadir ke majlis perasmian tersebut, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan DYTM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Perikanan Malaysia Lumut telah mula dibina pada Februari 2013 dengan kos pembinaan sejumlah RM 69.8 juta di atas tapak seluas 12 ekar dan memiliki kemudahan lengkap seperti bangunan pentadbiran, bangunan akademik, asrama, dewan dan surau.

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut mula beroperasi pada April 2016 dengan pengambilan pertama pelajar seramai 84 orang bagi sesi Julai 2016.

YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek ketika ucapan sempena majlis perasmian tersebut berkata, kolej perikanan yang dibangunkan ini mampu menampung seramai 500 pelatih dalam satu-satu masa bakal melahirkan 2,000 graduan mahir tempatan menjelang tahun 2020 untuk menyokong pemodenan industri perikanan serta akuakultur negara.

Menurut beliau lagi, penubuhan kolej ini adalah sebagai aspirasi memoden dan mentransformasikan industri asas tani melalui model latihan dan pembangunan model insan mahir di samping dapat melahirkan tenaga kerja dalam kalangan belia seterusnya mengatasi isu kekurangan tenaga kerja tempatan yang mahir serta kebergantungan terhadap pekerja asing.

"Menjelang tahun 2020, kolej ini dijangka akan melahirkan seramai 2,000 graduan dengan kemahiran teknikal dalam sektor pertanian yang dapat mengisi kekosongan dalam pelbagai pasaran kerja tempatan seperti industri perikanan laut dalam, pembaikan kapal, akuakultur, pemprosesan produk makanan dan sebagainya."

Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut menawarkan tiga kategori kursus iaitu Kursus Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Latihan Up Skilling kepada kumpulan sasar Jabatan Perikanan (DOF) seperti penternak ikan dan nelayan.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersama DYMM Raja Permaisuri Perak.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan gimik perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mendengar  taklimat ringkas daripada pelajar Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Tuanku Zara Salim berkenan melihat pameran sambil diiring oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menandatangani  plak perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lumut.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak mencemar duli bergambar bersama kakitangan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.