The Official Portal of The Perak Government

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020 : 11 Ogos 2017

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam majlis pecah tanah yang diadakan.

MANJUNG, 11 OGOS 2017 - Sebanyak 208 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bernilai RM40 juta bakal dibina di Kampung Dato' Seri Kamaruddin, di sini, selain dijangka siap pembinaannya menjelang 2020.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan berkata, harga setiap unit rumah yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM170,000 hingga RM200,000 selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti awam. 

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 103 unit rumah PPA1M telah dipohon oleh masyarakat setempat terutama penjawat awam bagi urusan pembelian. 

"Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan kami agar harga yang ditawarkan dapat memberikan ruang kepada orang awam, penduduk kampung serta generasi kedua Kampung Dato' Seri Kamaruddin untuk memiliki rumah berkualiti," kata YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.  

Beliau berucap demikian ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Kampung Dato' Seri Kamarudin, Daerah Manjung, di sini. 

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Bin Abd Kadir, YB Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, YBrs Tuan Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud serta YB Pengerusi Syarikat Asas Jasakita Sdn Bhd, Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Iddris. 

Kata beliau, projek yang mendapat kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) itu dilaksanakan bertujuan memenuhi permintaan tinggi di kalangan orang awam serta golongan muda yang baru memasuki alam pekerjaan. 

"Justeru, SSI dengan sokongan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah bersetuju agar kawasan ini dimajukan dengan skim perumahan untuk rakyat," kata beliau. 

Selain itu, YB Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan turut berkata, selain SSI, kerajaan negeri turut berkolaborasi dengan Pejabat Tanah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Lembaga Air Perak (LAP) dan sebagainya. 

"Saya yakin bahawa, kerjasama dan penglibatan daripada semua agensi mampu untuk memastikan projek ini dijalankan mengikut spesifikasi dan tempoh yang dirancang," katanya.

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir ketika merasmikan majlis pecah tanah yang diadakan.

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan ketika berucap dalam majlis pecah tanah yang diadakan.

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika majlis pecah tanah projek berkenaan.

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir melepaskan belon ke udara sebagai gimik pelancaran majlis pecah tanah projek tersebut.

208 Unit PPA1M Bernilai RM40 Juta Bakal Siap Sepenuhnya Di Manjung Menjelang 2020

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir dan YB Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan melihat pelan dan replika berkaitan projek perumahan PPA1M yang bakal dibina.

Sumber : Korporat, SUK Perak.